Pakej Berbaloi Di The Unique Krabi Private Pool Villa

Hits: 9

Krabi menjadi tumpuan ramai pelancong Malaysia selain dari Phuket. Ia mungkin kerana lokasi antara kedua lokasi ini memang dekat dengan tawaran pelbagai destinasi menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong luar negara. Selain itu, pilihan pantai yang cantik, menu makanan yang sedap dan halal serta pakej harga penginapan yang murah dan mampu milik. Jika ke Krabi berkumpulan dan nak jimat, boleh cuba sewa Pakej Berbaloi Di The Unique Krabi Private Pool Villa berdekatan dengan Ao Nang.

The Unique Krabi Private Pool Villa ini mempunyai 2 unit Bungalow yang memang besar. Setiap satu bungalow ini mampu menempatkan sekitar 8 orang dengan selesa dengan kemudahan tilam yang selesa, bilik air setiap bilik, ruang living room yang besar, meja makan, dapur yang luas dan bersih serta kolam mandi persendirian yang cantik.

The Unique Krabi Private Pool Villa

The Unique Krabi

Harga yang ditawarkan di laman web Booking.com dan juga AirBNB untuk The Unique Krabi Ao Nang ini antara harga yang berpatutan. Bermula dengan tawaran sekitar USD250 (RM1045) termasuk sarapan pagi dan untuk tempoh promosi, ada kemudahan ‘Airport Transfer’ dari Lapangan Terbang Krabi.

Harga pakej penginapan di The Unique Krabi ini adalah harga tertera. Kalau anda bercadang nak tinggal di sini untuk beberapa hari, boleh cuba dapatkan diskaun dari pemilik villa tersebut. InsyaAllah, boleh dibincang.

the unique krabi private pool villa

the unique krabi private pool villa

The Unique Krabi Private Pool Villa ini terletak sekitar 5km dari pantai Ao Nang. Ia terletak di kawasan agak tinggi dan pastinya lebih nyaman bila waktu malam dan pagi. Ia terletak di lokasi yang agak privasi dan sesuai untuk anda yang memerlukan percutian yang privasi bersama keluarga.

Terletak sekitarnya kemudahan asas biasa seperti kedai serbaneka, pelbagai restoran dan gerai makanan Halal untuk orang Muslim dan kemudahan pengangkutan untuk ke destinasi lain di sekitar Krabi.

the unique krabi private pool villa

the unique krabi private pool villa

the unique krabi private pool villa

Untuk ke Phuket, villa ini terletak sekitar 165km dengan memerlukan sekitar 2 jam 30 minit perjalanan. Jika nak ke Krabi Airport, ia hanya terletak sekitar 23km sahaja.

Secara umum, tempat menarik di Krabi sangat banyak. Samada korang sukakan pantai, tasik, hutan flora dan fauna, bukit kapur, makanan dan juga budaya, di Krabi memang ada banyak tawaran untuk pelancong Asing seperti orang Malaysia.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Krabi

Tempah pakej penginapan murah di Booking The Unique Krabi Private Pool Villa

Sebab itu, kalau nak cuba kelainan dalam melancong di Krabi, boleh la cuba untuk singgah menginap di The Unique Krabi Ao Nang ini. Pengalaman sendiri MrJocko inap di sini, sangat terbaik. Bukan sahaja boleh request pilihan sarapan pagi yang Halal, malah masa free boleh berendam dalam kolam mandi privasi di dalam villa sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.