GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Pengalaman Naik Long Tail Boat Di Krabi

Tidak seperti pengalaman kembara ke negara Thailand sebelum ini, trip ke Krabi kali ini MrJocko berpeluang untuk rasa sendiri menaiki long tail boat yang agak terkenal di Thailand. Ia satu penglaman baru, Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi menuju ke sebuah pulau, Ko Klang Community, lokasi perkampungan orang Islam di Krabi.

Kalau harga tambang biasa bagi satu long tail boat dari Jeti Pekan Krabi menuju ke Ko Klang sekitar THB400 – THB500 (MYR51 – MYR63) bergantung kepada keadaan dan musim. Kebiasaan, satu bot boleh memuatkan sekitar 8-10 orang dewasa dengan selesa.

Pengalaman Naik Long Tail Boat Di Krabi

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Lagi satu, biasanya pelancong akan naik Long Tail Boat di Krabi ini untuk pergi ke restoran terapung, masakan Muslim di sekitar Krabi. Ini kerana, ada banyak pilihan restoran Halal di Krabi yang boleh korang cuba dengan pelbagai menu pilihan makanan seafood dengan harga yang murah.

Bukan sahaja murah, menu yang dihidangkan di sini juga sanga segar, kebanyakkannya ditangkap dari sangkar yang ada di sini, dimasak dan dihidangkan kepada pelanggan.

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Kalau anda jenis yang suka naik bot, boleh la sewa perkhidmatan di sini. Ada juga pilihan untuk sewa boat beberapa jam untuk ke Pulau sekitar Krabi. Kalau nak yang biasa, ambik pakej long tail boat dan masuk ke sungai sehingga ke kawasan hujung Ko Klang ini untuk lihat sendiri komuniti Muslim di Krabi.

Ia mungkin pegalaman baru untuk anda semua.

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Baca : MrJocko dan Percutian ke Krabi Thailand

Secara peribadi, kalau korang ada masa sekitar sejam dua, cuba ambil masa untuk naik Long Tail Boat ini untuk pusing sekitar sungai di Krabi. Ia sangat berbaloi. Sebab, di kawasan Krabi ini masih ada banyak lagi tersimpan hutan kecil yang menarik untuk anda semua lihat dan terokai keindahannya.

Nak tahu lebih lanjut tentang Ko Klang Community di Krabi, Thailand, boleh la lihat informasi ringkas di pautan ini Ko Klang Community Krabi.

Pengalaman Naik Long Tail Boat di Krabi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.