Siapa Juara Maharaja Lawak Mega 2018

Maharaja Lawak Mega 2018 akan kembali menemui peminat rancangan ‘LIVE Comedy Show’ini, di saluran Astro bermula malam ini, Jumaat, 2 November 2018. Agaknya, Siapa Juara Maharaja Lawak Mega 2018? Adakah pelawak yang korang minat bertanding di MLM 2018 tahun ini?

Untuk informasi, tahun ini Tema Keseluruhan untuk rancangan MLM2018 ialah dengan ‘Tema Sarkis’. Ada 14 Kumpulan termasuk dua orang peserta Tunggal, bersaing untuk merebut title Juara Maharaja Lawak Mega 2018.

Siapa Juara Maharaja Lawak Mega 2018

siapa juara maharaja lawak mega 2018
Maharaja Lawak Mega 2018

 

Antara peserta Maharaja Lawak Mega 2018 ialah Kumpulan 28, Abata, Abioso (Indonesia) , Bocey, Chilok, Dany Beler (Indonesia), Helmy Ashley, Joras, Kiut, Masin, Puteh, Shiro, Taman dan juga Zero.

Kalau ikut sejarah Juara Maharaja Lawak Mega sebelum ini, Bocey dan Zero pernah menjadi Juara dalam musim MLM sebelum ini. Adakah tahun ini, kumpulan ini boleh lagi bertahan dan menunjukkan sengat mereka?

Kalau mengikut pandangan MrJocko, antara yang boleh menyerlah dalam lawak mereka dalam #MLM2018 ialah Zero, Bocey dan juga TAMAN. Yang lain juga ada kehebatan masing-masing, tetapi 3 kumpulan ini rasanya akan lebih menyerlah.

Tetapi sebelum itu, siapa pula Juri Maharaja Lawak Mega 2018? Kena la tengok sendiri malam ini.

siapa juara maharaja lawak mega 2018

siapa juara maharaja lawak mega 2018

siapa juara maharaja lawak mega 2018

siapa juara maharaja lawak mega 2018
 

Untuk tahun ini, MrJocko sepenuh hati menyokong Kumpulan Taman yang dianggotai oleh Tauke dan Man Raja Lawak. Kalau sebelum ini Tauke berpasangan dengan Arwah Pak Yus, kali ini, Tauke akan bersama Man.

Baca : MrJocko dan Program TV ASTRO

Secara peribadi MrJocko tahu Man Raja Lawak dan Tauke boleh menyumbang kepada sesuatu content lawak yang bukan sahaja lawak, tetapi punyai pengisian. Kalau ikut resipi lawak yang telah dikemas kini, InsyaAllah, Tauke dan Man Raja Lawak ada harapan untuk jadi Juara Maharaja Lawak Mega 2018.

Untuk peminat rancangan komedi Astro ini, saksikan rancangan ini LIVE di Saluran Astro pada setiap hari Jumaat, pada jam 10.00 malam.

Untuk yang berminat nak tengok secara LIVE, setiap petang Jumaat, boleh beratur untuk dapatkan PASS MASUK PERCUMA.

Good Luck kepada semua peserta Maharaja Lawak Mega 2018. Good Luck untuk Tauke dan Man, Kumpulan TAMAN. Good luck juga kepada Juri Maharaja Lawak Mega 2018.

Ikuti laman Rasmi Instagram TAMAN di @Taman_MLM2018

Layari www.astro.com.my atau Maharaja Lawak Mega 2018 Sarkis

2 Comments on “Siapa Juara Maharaja Lawak Mega 2018”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.