Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang

Hits: 149

Kedai tayar motorsikal di Kuala Lumpur ada banyak. Antara yang paling popular ialah di sekitar Jalan Sentul, Kuala Lumpur. Tetapi, kalau MrJocko, lokasi workshop motor macam di jalan Sentul tu, kurang selesa sikit. Bukan sebab kedai biasa, tetapi layanan servis di sini amatlah teruk. Sebab itu, MrJocko nak kongsi Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang, yang punyai khidmat servis terbaik setakat ini pernah MrJocko alami sendiri.

Kedai Tayar Artic ni ada banyak cawangan. Kalau tak silap yang paling popular ialah di Artic Tayar Seri Kembangan. Kalau servis di sana, kena tanya mereka yang pernah tukar tayar motor atau servis di sana. Untuk pertama kali, MrJocko cuma ada pengalaman di Artic Tayar Jalan Pahang Kuala Lumpur.

Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang

Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang
Tempat Basuh Motorsikal

Cadang asal nak singgah sini sebab nak cari tayar second hand. Sebelum ini, motorsikal MrJocko guna saiz tayar belakang 160/60/17. Sebab nak rasa kelainan, nak cuba saiz tayar lebih lebar. Jadi nak cuba dulu tayar terpakai (yang masih boleh guna) dengan kelebaran saiz 180/55/17.

Malangnya, di Artic Tayar Jalan Pahang tak ada pilihan tayar motorsikal terpakai atau tayar motosikal second hand. Yang ada, cuma tayar baru dan pilihan tayar jenama Continental, Pirelli dan beberapa jenama lain.

Tempat Jual Yayar Motorsikal Artic Yayar Jalan Pahang
Servis Motorsikal Terbaik

Pun begitu, walaupun tak ada tayar motorsikal terpakai, staff di sini, terbaik dalam meberikan servis dan nasihat percuma tentang tayar motorsikal. Malahan, ada Pomen di Artic Tayar ini memberikan servis percuma untuk repair Throttle Motor yang ada sedikit masalah.

Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang
Tayar Motorsikal Kapcai
Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang
Pilihan Tayar Motorsikal Berkuasa Tinggi Superbike

Brader yang jaga bahagian tayar pun terbaik. Siap beri cadangan untuk tukar tayar kemudian dengan pilihan saiz tayar 180/55/17 bersama cadangan jenama dan jenis tayar terbaik untuk kegunaan harian seperti MrJocko.

Hari tu, kalau tak silap, promosi tayar Continental saiz 180/55/17 ialah RM580 termasuk pemasangan. Kalau nak murah, mereka tawarkan tayar 160/60/17 Pirelli Angel GT dengan harga RM285 termasuk pemasangan.

Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang
Tayar Pirelli Angel GT

Baca : MrJocko dan Motorsikal

Memandangkan servis kat sini, antara servis workshop terbaik pernah MrJocko tahu, nak cuba juga servis basuh motorsikal yang mereka sediakan. Untuk motorsikal 500cc hingga 1000cc, dikenakan bayaran RM10 sahaja, termasuk basuh rantai dan cucian yang teliti.

Tempat Jual Tayar Motorsikal Artic Tayar Jalan Pahang
Tempat Basuh Motorsikal

Untuk servis dan pengalaman bengkel motorsikal di Artic Tayar Jalan Pahang, memang patut diberi pujian. Untung la boss workshop Artic Tayar Jalan Pahang sebab punyai ramai staff yang memang buat kerja, servis terbaik dan mesra pelanggan.

Kudos to Artic Tayar Jalan Pahang

Nota Kaki : Ini Bukan Entry Berbayar

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.