Bagaimana Nak Ke Taman Negara Bako Sarawak

taman_negara_bako

Hits: 78

Bagaimana Nak Ke Taman Negara Bako Sarawak? Ramai yang bertanya. Taman Negara ini adalah yang terkecil di Asia Tenggara. Tetapi, disebabkan ia juga adalah taman negara tertua di Sarawak, ia menjadi salah satu destinasi ‘favourite’ pelancong luar negara untuk ke sini. Di sini, ada hampir semua spesis tumbuhan yang ada di Borneo.

Bagi yang nak lihat binatang liar di Borneo, sudah pasti tak jadi masalah. Ini kerana hutan ini masih lagi mempunyai penghuni seperti monyet Proboscis (Monyet Belanda), babi hutan, dan lebih 150 spesies burung unik yang pernah dilihat di sini.

Bagaimana Nak Ke Taman Negara Bako Sarawak

taman_negara_bako

Bukan itu sahaja, kawasan Taman Negara Bako Sarawak ini ada kombinasi laut, pantai, bukit, air terjun dan paya bakau di dalam satu taman negara. Sangat unik dan menarik!!!

Untuk kaki hiking dan suka meneroka hutan belantara serta gunung ganang, di Taman Negara Bako Sarawak, ada sebanyak 16 laluan denai di sini untuk korang pilih. Laluan yang dibuat punyai tahap kesukaran yang berbeza. Namun, untuk orang biasa, ia masih lagi misi yang boleh di capai, tidak seteruk laluan ‘hardcore’ mendaki gunung lain.

Bagaimana Nak Ke Taman Negara Bako Sarawak (Bako National Park)

Untuk backpackers, dari bandar Kuching boleh ambil Bas dengan bayaran sekitar RM3.50 sahaja. Perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit. Kalau nak ambil Van, harga sekitar RM8 – RM10 bagi setiap penumpang. Kalau ramai, boleh tempah terus satu van, lebih jimat. Perjalanan dengan Van sekitar 30 minit sahaja.

Pastikan anda sampai ke Jeti Bako, lokasinya berdekatan dengan Pasar Bako. Dari Jeti Bako, kena ambil bot untuk ke Taman Negara Bako, dengan bayaran sekitar RM30 dan RM10 untuk bayaran masuk ke Taman Negara. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Bako ke Taman Negara Bako hanya mengambil masa selama 30 minit.

Untuk lawatan ke Taman Negara Bako, cukup hanya untuk separuh hari. Boleh gerak awal pagi dari Kuching dan pulang di sebelah petang. Kalau nak bermalam, ada kemudahan Chalet sekitar kawasan ini, tetapi ia mempunyai kemudahan penginapan asas sahaja.

Pastinya kalau nak ke sini, kena rancang awal. Susun jadual perjalanan dengan sebaiknya, pakai pakaian yang sesuai seperti seluar, kasut sukan dan pakaian yang selesa.

taman negara bako sarawak
Proboscis Monkey

Baca : MrJock dan Tempat Menarik di Sarawak

Kalau ke sini, pasti ada laluan untuk korang jalan kaki dan semestinya akan keluar peluh

Untuk pengetahuan pembaca, Pejabat Taman Negara Bako Sarawak ini beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Pada hari Sabtu dan Ahad, pejabat ditutup. Waktu operasi ialah dari jam 8:00 pagi hingga ke jam 5:00 petang.

Maklumat lanjut boleh baca di laman web ini Sarawak Tourism Bako National Park.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.