Bagaimana Untuk Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

kembara dunia dengan kos usd1500 sebulan

Hits: 17

Teringin nak kongsi kisah pasangan suami isteri dari Los Angeles ini, bagaimana mereka habiskan 4 tahun setengah masa bulan madu mereka keliling dunia dengan bajet sekitar USD1500 sebulan. Betul ke kisah ini, Amirah dan Jarrel Cook Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan?

Bila mereka putuskan untuk kembara meneroka seluruh dunia, cita-cita mereka ialah satu, hanya untuk melihat sendiri dunia. Maka bermulalah perjalanan mereka pada 1 Oktober 2013 dengan bermula dari barat menuju ke timur.

Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

kembara dunia dengan kos usd1500 sebulan

Baca : MrJocko dan Tips Travel

Mereka bermula dengan Panama, habiskan masa selama 6 bulan bacpackers sekitar Amerika Tengah. Kemudian terbang ke Eropah, meneruskan perjalanan ke Morocco, dan kemudiannya habiskan sekitar 2 tahun di negara-negara Asia.

Selama hampir 5 tahun tersebut, mereka berjaya menjelajah lebih 30 buah negara dengan pengalaman kembara di negara orang, keseronakkan melancong bersama pasangan dan juga ‘financial freedom’.

Antara tip Amirah dan Jarrell Cook guna semasa mengembara ke serata dunia denga bajet USD1500 sebulan ialah dengan mengikuti beberapa peraturan. Antaranya ialah :
1 .Bergerak perlahan dari satu destinasi ke destinasi yang lain,
2. Hanya membawa barangan mudah bawa sahaja (cara Backpakers),
3. Pilih ke negara yang mempunyai Kuasa USD yang tinggi,
4. Tempah penginapan secara online, kemudian runding harga untuk dapatkan diskaun,
5. Terbang dengan penerbangan Tambang Murah
6. Belanja harian berhemat.

Untuk informasi, nilai tukaran USD1500 kepada Ringgit Malaysia sekitar MYR6268.

Profile Amirah J Cook boleh dibaca di sini. Manakala boleh follow Instagram suami isteri ini di link pautan Instagram @indefinitehoneymoon

Kalau dikira asas, pengembaraan mereka ke 30 buah negara memakan makan 4 tahun 6 bulan, bermakna berjumlah 56 bulan. Kalau dikira kasar, jumlah yang mereka perlukan sekitar USD1500 x 56 bulan = USD80000 (RM351000).

Untuk orang biasa di Asia, kos sebanyak itu, mungkin terlalu besar untuk mengelilingi dunia. Namun, itulah anggaran kasar kos yang Amirah dan Jarrell perlukan untuk kembara selama 4 tahun 6 bulan.

Pastinya mengikut mereka sebelum memulakan pengembaraan ,persediaan dari segi perancangan awal, pilihan destinasi dan dokumen penting perlu untuk memudahkan perjalanan mereka.

Pengiraan bajet dan susunan bajet yang betul perlu supaya rancangan mereka untuk keliling dunia tidak terbantut.

Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

Kembara Dunia Dengan Kos USD1500 Sebulan

Kredit Gambar dari Instagram @indefinitehoneymoon

Menariknya, pasangan ini kembara dengan memilih untuk mencuba pelbagai pilihan yang ada sebaiknya. Dari lokasi seperti di Italy, Spanyol, Costa Rica sehingga ke lokasi paling popular orang Amerika Syarikat dan Eropah iaitu di Thailand.

Secara peribadi, jika diberikan kos sebanyak USD1500 sebulan untuk kembara keliling dunia, mungkin ramai akan boleh ‘survive’. namun, nak cari modal sebanyak USD1500 sebulan dan mengembara bertahun lamanya, itu yang menjadi masalah.

Namun, usaha mereka melancong keliling dunia dengan backpakers bersama pasangan, memberikan satu inspirasi yang mungkin boleh dikongsi dengan pengembara lain bahawa ia satu pengalaman yang indah untuk dikongsi bersama teman hidup.

Sumber : Forbes

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.