Berita Pantai Samila Songkla Kena Bom 26 Disember 2018

songkla kena bomb

Hits: 54

Antara tumpuan pelancong Malaysia saban hujung tahun seperti ini ialah di destinasi menarik di Thailand. Namun, jika dilihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada banyak insiden yang merbahaya berlaku di sekitar Asia, termasuk di Thailand. Semalam, ada Berita Pantai Samila Songkla Kena Bom 26 Disember 2018.

Khabarnya ada dua butir bom meletup dan menggegarkan Pantai Samila, salah satu pantai yang terkenal di kalangan pelancong sekitar Songkla, Thailand.

Sumber : Astro Awani Songkla Kena Bom

Pantai Samila Songkla Kena Bom

songkla kena bomb

Menurut sumber, letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia), merosakkan patung ikan duyung (Mermaid sculpture) yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan. Akibatnya, bahagian bawah patung besi itu terputus dua.

Letupan kedua pula berlaku 10 minit kemudian di patung tikus dan kucing (Cat and Mouse sculpture) di pantai yang sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian telah ditutup kepada pengunjung. Dan setakat ini, Konsul Jeneral Malaysia di Songkla mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu.

Cat and Mouse sculpture

Sebab itu, dimusim hujung tahun seperti ini, tambah lagi dengan ketibaan tahun baru, diharapkan kita sentiasa peka dengan sekeliling ketika Melancong. Betul, kemalangan dan bencana boleh berlaku di mana-mana tanpa kita mahukannya, tetapi, dengan sedikit kesedaran, sentiasa berhati-hati bila anda melancong ke mana-mana.

Bukan sahaja dengan bencana alam, insiden letupan seperti ini, juga sentiasa berhati-hati dengan segalanya. Jangan sampai kita terlalu ‘excited’ dengan melancong hingga lupa dengan perkara-perkara buruk yang bakal kita hadapi.

Songkla antara lokasi popular pelancong Malaysia untuk aktiviti membeli-belah, mandi laut dan juga beberapa aktiviti pantai. Kawasan ini ada banyak restoran makanan laut halal dan menjadi tumpuan ramai pengunjung yang jenis Kaki Makan.

Selalunya mereka yang ke Hat Yai akan ambil masa sehari dua untuk ke Songkla. Tak jauh pun, hanya sekitar 30km dan mengambil masa sekitar 45 minit dengan kereta atau van. Antara yang menarik di Songkla termasuk Pantai Samila dan Tasik Songkla.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Thailand

Untuk yang merancang ke Songkla, Hatyai dan kawasan sekitarnya, harap lebih berhati-hati.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.