Dondang Sayang Melaka Di Iktiraf Oleh UNESCO

dondang sayang melaka

Hits: 34

Persembahan seni budaya Dondang Sayang Melaka Di Iktiraf Oleh UNESCO. Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka itu, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO). Ia satu kebanggaan buat semua rakyat Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage). Ia satu penghargaan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melaka.

Tahniah juga kepada mereka yang masih lagi berjuang untuk seni budaya warisan Melayu ini.

Dondang Sayang Melaka Di Iktiraf Oleh UNESCO

dondang sayang melaka unesco

Dondang Sayang ialah sejenis muzik Balada Cinta Melayu tradisional. Dalam irama lagu dondang sayang, penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kadang-kadang lucu dan kelakar.

Nyanyian-nyanyian biasanya diiringi empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

1. Seorang (1) pemain Biola;
2. Dua orang (2) pemain Rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
3. Seorang (1) pemain Tawak (gong kecil).

dondang sayang melaka unesco

dondang sayang melaka unesco

Kebiasaannya, pemain biola merupakan ketua kumpulan ahli muzik. Beliau memainkan peranan utama dalam dondang sayang dengan membekalkan melodi kaunter kepada melodi vokal atau suara. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan, tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah reban boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kadang-kadang, rebana boleh digantikan dengan gendang ataupun kompang. Barisan alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Muzik dondang sayang adalah muzik yang perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti rebana dan kemudiannya bunyi gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar kelima. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta santai.

Seni muzik dan budaya Dondang Sayang ini dipercayai berasal dari negeri Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Baca : MrJocko dan Negeri Melaka

dondang sayang melaka unesco
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi

“Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

“Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat,” tambah Menteri Pelancongan.

Kemasukan Dondang Sayang Melaka dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 November lalu.

Beliau berkata, pengiktirafan itu dibuat di bawah ‘Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003’ yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Mohamaddin berkata, kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk ‘Mak Yong’ pada 2005.

Untuk melihat bagaimana seni budaya Melaka Dondang Sayang ini, boleh lihat video ini

Kredit Video : YouTube Berdondang Sayang

Sumber : Utusan Malaysia Dondang Sayang UNESCO

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.