Haenyeo Penyelam Mutiara Wanita Di Jeju Island

Hits: 47

Sebelum pulau Jeju terkenal dengan destinasi pelancongan, ia sebuah pulau yang agak sunyi. Di sini, ada keunikkan yang kemudiannya menjadi antara tarikan pelancongan popular di Korea Selatan, iaitu Haenyeo penyelam mutiara wanita di Jeju Island.

Hampir setiap kawasan yang berada dikawasan pantai, mempunyai sekumpulan Haenyeo yang menjadi antara tunjang utama dalam industri hasil laut di Jeju Island.

Haenyeo Penyelam Mutiara Wanita Di Jeju Island

Sedikit informasi tentang Haenyeo dari Wikipedia

“Haenyeo (also spelled haenyo) are female divers in the Korean province of Jeju. Known for their independent spirit, iron will and determination, the haenyeo are representative of the semi-matriarchal family structure of Jeju”

Tradisi menyelam di Jeju Island bermula pada awal 434 AD. Pada mulanya, penyelam adalah dari kalangan kaum lelaki, kecuali wanita yang bekerja bersama suami mereka.

Menjelang abad ke-18, para penyelam wanita, pada masa ini biasa disebut sebagai ‘Haenyeo’, melebihi jumlah penyelam lelaki. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pada abad ke-17, sejumlah besar kaum lelaki di sini mati di laut disebabkan oleh perang atau kemalangan menangkap ikan di laut. Ada juga pendapat mengatakan bahawa, wanita mempunyai lebih banyak lemak subkutan dan lebih sesuai untuk aktiviti seperti ini yang memerlukan mereka menahan perairan yang sejuk.

Sehingga ke hari ini, kaum wanita di Jeju Island antara yang paling ramai menjadi penyelam untuk menangkap hasil laut seperti mutiara, abalone dan hasil laut lain.

Jadi, kalau korang semua melancong ke Korea Selatan, ambil masa untuk singgah di perkampungan yang ada Haenyeo (Penyelam Mutiara Wanita). Lihat sendiri dengan mata kepala keunikkan yang hanya ada di Jeju Island, Korea Selatan.

Di samping menikmati keindahan Pulau Jeju, aktiviti yang dilakukan oleh wanita-wanita hebat ini, amat hebat. Bayangkan menyelam mencari hasil laut seperti Mutiara dengan menahan nafas di dalam air laut sehingga beberapa minit. Sangat hebat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.