Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul Kini DiBuka

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Hits: 84

Terletak di Seoul, Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul menawarkan penginapan 3-bintang dengan pusat kecergasan dan sebuah bar. Lokasi hanya sekitar 400 meter dari Pasar Bangsan dan hotel ini juga hanya sejauh 700 meter dari Pyounghwa Market. Paling menarik, hotel ini terletak kurang dari 1 kilometer dari Pasar Dongdaemun (Dongdaemun Market).

Sesuai dengan konsep model dan terkini untuk pengembara, semua bilik dilengkapi dengan servis WiFi Percuma. Setiap bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan kemudahan TV LCD dengan puluhan saluran TV satelit. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dan semestinya mempunyai penyaman udara dan meja kerja.

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Travelodge Dongdaemun Seoul kini dibuka kepada semua. Tempah penginapan and di sini sekarang hingga 28 Februari 2019 dan terima diskaun 10% daripada nilai ‘Best Available Rate’. Harga termasuk sarapan percuma dan juga kemudahan WiFi tanpa had.

Khas buat ahli TravelogeR, anda akan menerima tambahan 12% diskaun dari tawaran ‘Special Opening Offer’ Hotel Travelogue Dongdaemun Seoul.

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Kalau inap di Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul, tak perlu risau tentang sarapan pagi. Pihak hotel menyediakan sarapan bufet untuk semua tetamu hotel. Para tetamu hotel boleh menikmati hidangan di restoran yang disediakan, seperti dirumah. Untuk info, mereka menyajikan pelbagai hidangan Eropah dan Korea. Menu halal tidak pasti, namun jika datang dalam kumpulan yang besar, boleh memohon untuk pihak hotel menyediakan menu makanan ‘Friendly Muslim’.

Kali ini, kalau menginap di hotel Travelodge Dongdaemun, tak perlu risau, staff di kaunter fasih bercakap dalam beberapa bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Perancis, Jepun dan semestinya Korea, kakitangan sentiasa bersedia untuk membantu urusan daftar masuk dan daftar keluar dengan khidmat terbaik.

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul
Standard Room
Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul
Twin Room
Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul
Bathroom

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul

Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul
Hotel Travelodge Dongdaemun Gymnasium

Lokasi berdekatan dengan kawasan Jung-Gu ini adalah pilihan yang hebat untuk pelancong yang sukakan aktiviti membeli-belah. Terletak ditengah kota Seoul, Hotel Travelodge Dongdaemun hanya 10 minit berjalan kaki dari Dongdaemun Design Plaza, Gwangjang Market dan juga beberapa lokasi tarikan pelancong di Seoul. Kalau nak tahu, Dongdaemun Market lokasi yang menarik untuk membeli produk pakaian lelaki dan wanita, kosmetik dan produk terbaik dari negara Korea Selatan.

Untuk info tentang Dongdaemun Market, boleh baca di entry lama Travel Blogger Malaysia MrJocko yang terdahulu di sini MrJocko dan Dongdaemun Market Seoul.

Khas buat anda yang suka menempah bilik penginapan dengan pembelian ‘online’ Hotel Travelodge Dongdaemun Seoul telah mengalu-alukan tetamu Booking.com sejak 13 Mei 2016.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.