King’s Cross Harry Potter Cafe di Seoul Korea Selatan

kings cross harry potter cafe seoul

Hits: 87

Yeay!!! King’s Cross Harry Potter Cafe di Seoul Korea Selatan. Kini ada sebuah kedai baharu Harry Potter Cafe di Seoul yang dikenali sebagai King’s Cross. Ini mungkin khabar gembira untuk semua peminat filem atau novel Harry Potter ‘Potterheads’. Pasti kalau ada peluang, semua ingin ke sini bukan?

Walaupun ini bukan cafe bertema Harry Potter yang pertama di Seoul, tetapi ia adalah yang terbesar setakat ini. King’s Cross Harry Potter Seoul mempunyai keluasan cafe seluas empat tingkat dan ada ruang bawah tanah untuk keseronokan peminatnya.

Lokasi King’s Cross Harry Potter Cafe Seoul ini terletak dekat sahaja dengan Trickeye Museum Seoul.

King’s Cross Harry Potter Cafe

kings cross harry potter cafe seoul

kings cross harry potter cafe seoul
Main Entrance King’s Cross
kings cross harry potter cafe seoul
King’s Cross Express

Cafe ini direka dengan rekaan dalaman yang membentuk suasana umpama korang berada di dunia Harry Potter. Umpama di dalam dunia sihir, peminat Harry Potter pasti akan sangat teruja.

Tingkat satu menghidangkan pelbagai minuman seperti ade, kopi dan semestinya Butterbeer. Kali pertama dan terakhir MrJocko cuba Butterbeer ialah ketika di Universal Studios Japan. Sedap!!! Di sini juga ada pelbagai menu kek dan roti manis.

Di tingkat satu juga adalah pameran Harry Potter dengan pakaian seragam dan zon foto lain. Korang boleh cuba pakaian seragam rumah kegemaran di sini. Pastikan korang mengambil ujian rumah di Pottermore.

kings cross harry potter cafe seoul

kings cross harry potter cafe seoul

kings cross harry potter cafe seoul

kings cross harry potter cafe seoul
King’s Cross Express Train

Gambar : KTO

Tingkat dua punya kawasan tempat duduk yang besar. Mungkin ia menyerupai ruang santai Gryffindor. Korang akan rasa seperti berada dalam Istana Hogwarts. Manakala tingkat tiga mempunyai meja panjang yang direka untuk kelihatan seperti Dewan Besar. Ia dihiasi dengan candelabras dan pencahayaan yang agak malap.

Setakat ini, katanya tingkat empat di King’s Cross ini belum siap. Kalau siap, nanti boleh MrJocko update di sini.

Bagaimana untuk ke sini? Hala tujuan korang ke lokasi Hongik University Station (Seoul Subway Line 2), Exit 9. Bersebelahan dengan Hongdae Aland, keluar sedikit dan ia berdekatan sahaja dengan Trickeye Museum Seoul.

Untuk informasi menu dan apa yang menarik di King’s Cross Seoul, boleh lihat di laman web rasmi mereka KingsCrossSeoul.

InsyaAllah, next time ke Seoul, kami pun teringin nak singgah ke Cafe Harry Potter ni… #KTOmalaysia #ImagineYourKorea #VisitKorea2018

One Comment on “King’s Cross Harry Potter Cafe di Seoul Korea Selatan”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.