GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kisah Viral Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia

Sebut sahaja travel ke luar negara, hampir setiap mereka yang pernah melancong ke keluar negara ini pasti akan ada pengalaman menaiki AirAsia. Bila dah naik AirAsia, rata-rata pasti akan pernah cuba resipi Nasi Lemak Pak Nasser. Ini perkongsian Kisah Viral Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia yang kembali jadi trending pada minggu ini.

Kalau harga biasa untuk Nasi Lemak Pak Nasser ini, di atas penerbangan AirAsia AK dan laluan penerbangan yang menyediakan menu tersebut, dijual dengan harga MYR15 untuk satu hidangan. Namun, jika membuat tempahan awal Pre-Book di laman web AirAsia.com, anda cuma perlu bayar MYR10 sahaja termasuk pilihan Air Mineral atau Air Kopi. Murah kan?

Kisah Viral Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia

nasi lemak pak nasser airasia

nasi lemak pak nasser airasia

nasi lemak pak nasser airasia

nasi lemak pak nasser airasia

Baca : MrJocko dan Percutian dengan AirAsia

Menurut informasi, sehingga kini, sebanyak 126,051 Nasi Lemak Pak Nasser telah dijual untuk dihidangkan kepada penumpang AirAsia.

Nasi Lemak Pak Nasser dihidangkan dengan sambal cili Pak Nasser dan rendang ayam, dilengkapi dengan ikan bilis, kacang tanah dan separuh telur rebus. Dalam beberapa kali MrJocko cuba menu nasi lemak viral ini, memang ia boleh dikatakan agak fresh dan panas. Nak tau nasi lemak tu segar atau tidak, lihat kepada Daun Pandan yang di letakkan di dalam menu ini. Kalau masih nampak hijau segar, ia masih baru. Kalau daun tu dan jadi layu hijau kelabu, mungkin dah lama. Mungkin…

Setakat ini, kalau nak makan nasi lemak Pak Nasser, kena naik penerbangan AirAsia. Ia tidak dijual dikedai-kedai biasa 🙂

nasi lemak pak nasser review

nasi lemak pak nasser

Secara peribadi, pandangan saya kenapa Nasi Lemak Pak Nasser AirAsia menjadi jualan paling popular dalam penerbangan AirAsia adalah kerana menu Nasi Lemak yang cukup sinonim dengan budaya ornag Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India, Sabahan, Sarawakian dan bumiputera yang lain.

Lagipun, kebanyakkan orang Muslim, Melayu dan agak berumur, mereka lebih percaya kepada nama Melayu ‘Pak Nasser’ untuk hidangan mereka. Kalau nak kata sedap, rasanya menu ini biasa-biasa sahaja.

Mungkin, waktu menunggu boarding yang lama, membuatkan seseorang itu lapar. Jadi, bila lapar, menu yang biasa pun boleh jadi sedap!!! Ini pandangan peribadi, jangan salah faham pulak.

Nak tahu apa lagi menu yang menarik dalam penerbangan AirAsia AK, boleh layari link pautan ini AirAsia Inflight Meals AK.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.