Malaysia G-Shock Megafest 2018 Meriah Dan Terbaik

malaysia g-shock megafest 2018

Hits: 53

Saya memang seorang peminat jam tangan G-Shock. Baru setahun dua, mula nak menyimpan koleksi jam getah ini. Sebab itu, bila ada event seperti MGM2018 ini, ia peluang terbaik. Malaysia G-Shock Megafest 2018 kembali menemui komuniti peminat jam getah Jepun ini di Rubix Puchong. Kali ini, ia lebih besar, lebih meriah, lebih menarik dan banyak pilihan.

Kalau tak silap, event Malaysia G-Shock Megafest 2018 kali ini adalah yang kedua selepas event MGM2017 tahun lepas. Ia diadakan di Rubix Puchong, (dahulu dikenali dengan nama 1M4U Sentral) dari 22 – 23 Disember 2018.

Malaysia G-Shock Megafest 2018

malaysia g-shock megafest 2018

malaysia g-shock megafest 2018

Ada banyak sebab kenapa korang kena datang ke MGM2018 tahun ini. Ia pasti lebih meriah dengan sambutan ulang tahun jam tangan Casio G-Shock ke 35 (G-Shock 35th Anniversary), sejak jam G-Shock yang pertama dicipta pada tahun 1983. Lagipun ada pelbagai hadiah menarik untuk korang menangi dalam pelbagai aktiviti di MGM2018.

Malaysia G-Shock Megafest 2018 dianjurkan oleh MGM Event Management bagi mengumpulkan komuniti peminat jam G-Shock, peniaga, usahawan dan newbie samada dalam negara dan luar negara.

Kalau korang nak tengok koleksi jam G-Shock yang paling mahal di Malaysia, korang mesti singgah di sini. Ada jam kolaborasi, jam ulangtahun ke-30 dan ulangtahun ke-35 serta beberapa jam G-Shock premium termasuk jam Takashi Murakami yang dikatakan pernah mencecah harga RM60,000.

malaysia g-shock megafest 2018

Jam G=Shock Frogman Takashi Murakami berharga RM60,000

malaysia g-shock megafest 2018
Antara jam Vintage yang dijual di MGM2018

Antara yang akan dipamerkan ialah jam G-Shock Frogman GWF-1000TM (hanya 300 unit di dunia), Frogman GWF-1030A (hanya 300 unit di dunia), Frogman GWF-1030E (hanya 333 unit seluruh dunia), Rangeman GPR-B1000TF-1, Frogman GWF-1035F-1 dan juga model MTG-B1000TF-1A.

Satu lelongan terbuka juga akan diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu Tabung Bantuan Gempa Bumi Di Palu oleh MERCY Malaysia dan juga komuniti G-Shock yang kurang bernasib baik. Selain itu ada acara sukaneka, gerai makanan, pertandingan rekaan G-Shock dan anugerah Vendor terbaik.

malaysia g-shock megafest 2018
Yamaha NVX155 Lucky Draw MGM2018

malaysia g-shock megafest 2018

Mana tahu, rezeki korang yang datang ke MGM2018 untuk membawa pulang sebuah motorsikal Yamaha NVX155 yang akan menjadi hadiah utama Cabutan Lucky Draw di MGM2018 Rubix Puchong. Wow!!!

Jadi, untuk peminat jam G-Shock di Malaysia, kalau ada kesempatanm marilah sama-sama menyokong aktiviti ini, sama-sama ke Malaysia G-Shock Megafest 2018 #MGM2018 #MalaysiaGShockMegafest2018 #Rubix

malaysia g-shock megafest 2018

malaysia g-shock megafest 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.