Musim Salji Di Turki Sangat Cantik

musim salji di turki

Hits: 296

Turki semakin dikenali di kalangan orang Malaysia. Kalau dulu, kos untuk ke Turki agak mahal, tetapi kini, banyak pilihan pakej travel ke Turki dengan harga yang murah. Tambahan pula, Musim Salji Di Turki Sangat Cantik dan Menarik. Jadi, tarikan di Turki bukan hanya sekadar tepat menarik, malah keindahan salji yang turun di musik winter menarik ramai pelancong Malaysia ke sana.

Kebiasaannya, pakej melancong ke Turki memakan masa selama 7 – 9 hari. Jadi, sebaiknya, masa yang panjang itu digunakan sebaiknya untuk meneroka banyak tempat menarik di Turki dan bermain salji jika korang melawat Turki pada bulan Disember hingga Februari nanti.

Musim Salji Di Turki

musim salji di turki 01 copy

Ramai pelancong tidak sedar bahawa, musim sejuk di Turki dikatakan antara musim terbaik untuk melawat ke Turki. Jika korang seorang yang kaki bermain ski atau minat untuk ke Ski Resort, ini peluang korang untuk rasai sendiri pengalaman bermain salji di Turki, negara separah Eropah dan separa Asia.

Lagipun, ramai pelancong dan juga travel agent mengakui, harga untuk merasai pengalaman salji yang cantik ini di Turki, jauh lebih murah dari pengalaman melancong ke negara Eropah. Ia adalah pengalaman pelancongan yang mampu milik bagi ramai orang Malaysia.

Memang betul, bila tiba musim sejuk (winter season in Turkey) harga pakej khususnya harga penginapan sekitar kawasan tumpuan pelancong akan naik, tetapi jika nak dibandingkan dengan harga lokasi lain seperti di Eropah, ia masih lagi harga yang berpatutan dan agak murah.

Musim sejuk di Turki (Disember, Januari, Februari) boleh menjadi sejuk, hujan dan bersalji, dengan hari-hari suhu yang sejuk tetapi cerah sekali-sekala, di mana-mana lokasi kecuali di kawasan tenggara, yang tetap sederhana, tetapi harga yang lebih rendah dan kurang pelancong dari lokasi yang lebih bersalji.

Jadi untuk anda yang bercadang nak lihat sendiri keindahan musim salji di Turki, boleh menyemak lokasi pilihan Ski Resort korang terlebih awal. Rancang perjalanan dengan sebaiknya dengan mencari pakej yang lebih murah sepanjang musim sejuk (winter season) ini antara bulan Disember hingga bulan Februari setiap tahun.

musim salji di turki 05musim salji di turki 07musim salji di turki 08

Purata Suhu Musim Sejuk di beberapa kawasan di negara Turki

Disember: Antalya (12 °C), Izmir (10 °C), Istanbul (8 °C), Ankara (2 °C), Trabzon (9 °C), Erzurum (-12 °C), Diyarbakir (4 °C)

Januari: Antalya (10 °C), Izmir (9 °C), Istanbul (5 °C), Ankara (0 °C), Trabzon (6 °C), Erzurum (-19 °C), Diyarbakir (2 °C)

Februari: Antalya (11 °C), Izmir (10 °C), Istanbul (6 °C), Ankara (1 °C), Trabzon (6 °C), Erzurum (-20 °C), Diyarbakir (2 °C)

Sumber : Go Turkey Tourism

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.