GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas

Menjijikkan! Itu sahaja perkataan yang boleh MrJocko komen jika ia betul berlaku. Ada berita mengatakan, pekerja hotel guna tuala untuk cuci tandas dan cawan di sebuah hotel 5 Bintang di Taiyuan, China. Ia semestinya informasi yang mengejutkan semua pihak.

Bagaimana hal seperti ini boleh terjadi? Hotel 5 Bintang sepatutnya mempunyai reputasi dan kualiti perkhidmatan bilik yang terbaik, setanding dengan penarafan bintang yang diberikan kepada mereka.

Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas

Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 01

“On November 14th, a blogger posted a video on Weibo which shows cleaners in luxury hotels used the same towel to clean the sink and the glasses. The hotels include Four Seasons, Hyatt, Hilton, Sheraton, Bulgari, Mandarin Oriental, Ritz-Carlton and more” China Spotlight

Video China Spotlight Huazong Blogger

Pengalaman sendiri MrJocko, jika menginap di mana-mana hotel atau resort, saya akan pastikan membasuh duhulu peralatan seperti cerek elektrik, cawan dan juga sudu. Ini kerana untuk memastikan ia lebih bersih dan yakin bersih.

Baca : MrJocko dan Hotel Review Travel Blogger

Bukan tidak percaya kepada prosedur hotel, tetapi takut staff yang berkerja waktu itu tidak menjalankan kerja mereka dengan baik.

Untuk info, setiap hotel mempunyai tahap dan standard procedure mereka yang tersendiri dalam memberikan khidmat dan hasil terbaik kepada semua pelanggan dan tetamu hotel. Kebanyakkan kes seperti ini ialah datang dari masalah staff tersebut secara peribadi.

Ada staff yang sengaja berbuat demikian kerana mungkin disebabkan bebanan kerja, tidak puas hati dan juga tanda protes kepada pihak pengurusan.

Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 01Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 03Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 04Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 05Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas 06

 

Ada staff yang ditugaskan mengemas bilik, mengambil cara mudah dengan mengelap tandas, sinki dan cawan dengan menggunakan span yang sama. Ada setengah pekerja hotel 5 Bintang, mengelap cawan dan sinki dengan tuala yang sudah digunakan.

Ada lagi beberapa kejadian yang menjijikkan dirakam oleh blogger tersebut, boleh lihat di pautan link video di atas.

Sebagai tetamu hotel, apa perasaan anda jika ia berlaku ke atas bilik penginapan anda. Apa komen anda tentang Pekerja Hotel 5 Bintang Guna Tuala Untuk Cuci Tandas?

Dah bayar harga ratusan ringgit, malahan ribuan ringgit untuk pakej penginapan, tetapi diberikan keadaan yang tidak betul-betul bersih dan menjijikkan. Kalau anda terlupa nak basuh cawan dan cerek yang tercemar oleh span yang kotor, bagaimana agaknya?

Oleh sebab itu, sentiasa basuh dahulu peralatan yang anda nak guna ketika berada di hotel, resort, rumah tumpangan, homestay dan lokasi penginapan lain. Mungkin ia bersih, tetapi kalau kita ambil inisiatif untuk basuh sekali lagi ia lebih menyakinkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.