GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Tourism Malaysia DiCadang Buat Promosi Destinasi Perkahwinan Di Malaysia

Malaysia boleh dipromosikan sebagai destinasi perkahwinan untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke negara ini. Ia satu cadangan yang bernas, yang mana pihak Tourism Malaysia boleh mengambil langkah untuk buat Promosi Destinasi Perkahwinan di negeri-negeri di Malaysia bagi menarik lebih ramai pelancong.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata India adalah salah satu “negara sasaran” memandangkan banyak pelancong dari sana.

Promosi Destinasi Perkahwinan Di Malaysia

Promosi Destinasi Perkahwinan Di Malaysia

Baca : MrJocko dan Tourism Malaysia

“Malaysia menerima kira-kira 600,000 pengunjung dari negara India (setiap tahun), dan kami mensasarkan tahun depan dan pada tahun 2020, ia dapat mencecah sehingga 700,000 pelancong,” katanya semasa masa tanya di Dewan Negara hari ini.

Selain itu, ramai pelancong dari China dan Eropah turun singgah di Malaysia. Ini peluang terbesar jika pihak terlibat, kreatif dalam mempromosikan pakej destinasi perkahwinan di Malaysia, memandangkan di Malaysia adan banyak lokasi outdoor shooting yang menarik untuk pengantin baru.

Antara destinasi yang boleh menjadi tarikan destinasi pelancongan termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Putrajaya, Melaka, Terengganu dan banyak lagi termasuk Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur sendiri ada banyak pilihan lokasi, termasuk kawasan sekitar KLCC.

“Pemain industri harus ‘memikirkan di luar kotak’ dan berbeza dengan pelancong sekarang, baik domestik dan antarabangsa, merkea suka aspek unik dan menarik pelancongan, kesenian dan budaya untuk dikunjungi,”

Bukan sahaja destinasi setempat, hotel yang cantik di seluruh Malaysia juga mampu menarik bakal pelancong dan pengantin untuk merakam gambar perkahwinan mereka di lokasi tersebut.

Tengok contoh gambar yang dirakam oleh ramai jurugambar perkahwinan yang terkenal di Malaysia, antaranya seperti saudara Syahrin Abdul Aziz, pemilik The Wedding Diaries. Pasukan mereka mengabdikan banyak gambar menarik pengantin di dalam dewan hotel yang cantik, masjid terpilih, dan beberapa lokasi yang menarik untuk dijadikan tempat ‘photoshoot’ pengantin.

promosi destinasi perkahwinan di malaysia

promosi destinasi perkahwinan di malaysia

promosi destinasi perkahwinan di malaysia

Nak tengok banyak lagi koleksi hebat gambar perkahwinan dari photographer Malaysia Syahrin Abdul Aziz, pemilik The Wedding Diaries, boleh layari di laman web rasmi mereka The Wedding Diaries.

Kadang-kadang, lokasi tempat mereka membuat ‘photoshoot’ kemudian akan menjadi lokasi carian ramai followers dan peminat kamera.

Untuk info, tahun lepas, Malaysia menerima 25.9 juta pelancong antarabangsa dengan sejumlah RM82.2 bilion dalam resit pelancongan, manakala 205.4 juta pelawat domestik direkodkan dengan jumlah perbelanjaan oleh segmen ini berjumlah RM83.1 bilion.

Layari laman web rasmi Tourism Malaysia untuk info pelancongan Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.