Salji Dah Mula Turun Di Jepun Disember 2018

Hits: 26

Selama MrJocko travel ke Jepun, antara yang selalu ditanya, bila waktu salji mula turun? Jawapan paling mudah, bila tiba musim Winter Season. Bila waktu Winter Season, ia antara bulan November hingga bulan Februari setiap tahun. Kali ini, sebelum ramai tanya, nak kongsi bahawa Salji Dah Mula Turun Di Jepun Disember 2018.

Ada rakan yang telah ke Jepun beritahu, sekitar Hokkaido sudah turun salji lebih awal. Memang biasa, sebab Hokkaido antara tempat di Jepun yang punyai kualiti Salji paling baik di Asia.

Salji Dah Mula Turun Di Jepun

salji mula turun di JepunSalji Mula Turun di Jepun 2018 Kagura 09Salji Mula Turun di Jepun 2018 Niseko 01

 

Rezeki tahun ini tak dapat nak travel ke Jepun musim salji (winter season). Sebab terpaksa sibuk dengan kerja baru, projek baru yang baru nak di’setup’. Namun InsyaAllah, kalau ada rezeki, nak plan ke Jepun sekali lagi pada April 2019 nanti, nak kembali tengok bunga Sakura.

 

musim salji di jepun 02

 

Musim salji di Jepun antara tarikan utama pelancong di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Filipina. Mungkin kerana lokasi Jepun lebih dekat berbanding dengan negara Eropah dan juga kos penerbangan yang lebih murah berbanding dengan kos penerbangan ke Eropah.

Lagipun mungkin kerana rasa Asia di Jepun, lebih dekat dengan orang Asia sendiri.

 

Salji Mula Turun di Jepun 2018 Kaneyu 02Salji Mula Turun di Jepun 2018 Ski Resort 01

 

Memang kalau ke Jepun, peluang merasai salji halus yang jatuh dari langit antara impian ramai orang Malaysia. Kalau di Malaysia, hujan gerimis, membuatkan ramai orang takut demam. Tetapi di Jepun, sajli halus seperti ini memberi pengalaman yang terbaik.

Salji halus ini, seperti di Rusutsu Hokkaido, antara pengalaman bermin salji terbaik di Jepun. Sesiapa sahaja akan teruja, tak kira kanak-kanak atau dewasa, tak kira lelaki atau perempuan. Ia satu pengalaman yang wajib korang cuba jika berkesempatan.

Sudah pasti, di kawasang pergunungan di Jepun, seperti di Ski Resort sudah lebih awal dihujani salji. Ia memang menjadi trademark Ski Resort kerana ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk singgah bercuti di kawasan tersebut.

Baca : Bercuti ke Jepun

Untuk yang bercadang nak ke Jepun, merasai sendiri musim sejuk, musim sajli (winter season) diharapkan bersedia dengan pakaian dan ‘peralatan’ yang sesuai. Paling penting ialah baju sejuk yang sesuai untuk setiap situasi. Baju tebal tidak menjamin anda tidak akan sejuk kerana bukan semua baju yang tebal boleh perangkap haba dan halang sejuk.

Khas untuk anda yang bawa anak-anak kecil, pastikan mereka memakan baju sejuk sesuai, seluar yang sesuai, penutup telinga, sarung tangan dan punyai kasut salji yang sesuai. Salji kadang-kadang amat licin dan membahayakan.

Selama tBercuti ke Jepun

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.