Selamat Tahun Baru 2019 Untuk Travel Blogger Malaysia

travel_blogger_malaysia

Hits: 10

Selamat Tahun Baru 2019 untuk Travel Blogger Malaysia. Ucapan ini untuk semua rakan-rakan blogger yang berada dalam niche yang sama seperti MrJocko, menulis blog dengan berkongsikan cerita kembara, pengalaman melancong, tempat menarik di negara orang, food review, tips menginap di hotel dan banyak lagi.

Pasang surut tahun-tahun yang lepas semestinya memberi pengalaman kepada kita semua. Bagi yang ada rezeki lebih, tahun 2018 memberi banyak peluang kembara untuk ramai rakan blogger. Untuk tahun 2018, MrJocko lebih banyak fokus kepada projek baru, semoga menemui hasil untuk tahun 2019.

Selamat Tahun Baru 2019

travel_blogger_malaysia

Cabaran sebagai blogger kembara semakin hari semakin berbeza dan mencabar. Ramai blogger biasa kini lebih bagus dalam berkongsi cerita kembara mereka untuk dibaca, ditonton oleh pengikut mereka. Thumbs Up!!! Korang adalah antara watak penting dalam membantu menaikkan industri pelancongan sesuatu kawasan. Korang sebenarnya Unsung Heroes!!!

Ya, dulu, ramai yang menulis sekadar menjadikan ia sebagai hobi dan rasa ingin berkongsi dengan pembaca. Kini, ramai juga yang jadikan Blog sebagai punca pendapatan sampingan. Ia sesuatu yang memberi impak positif, sebab, ia akan membuatkan korang lebih berkualiti dalam menulis…

Tahun 2018 menyaksikan beberapa lokasi baru yang mungkin akan menjadi destinasi pilihan pelancong Malaysia dalam tahun tahun yang akan mendatang. Pandangan MrJocko, antara yang boleh diberikan perhatian ialah destinasi Phu Quoc Vietnam, Fukuoka Jepun dan juga Amritsar India.

Boleh baca entry sebelum ini di pautan :

Tempat Menarik di Phu Quoc Vietnam

Tempat Menarik di Fukuoka

Destinasi AirAsia Amritsar untuk ke Kashmir India

Selamat Tinggal buat 2018. Semoga tahun 2019 akan memberikan lebih lagi sinar kepada kita semua. Semoga semua terus berusaha dan berjaya hendaknya.

Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua Travel Blogger Malaysia, tak kira kepada Blogger Kembara yang menulis dalam bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin atau dalam apa bahasa sekalipun.

Usaha anda berkongsi tempat menarik untuk rujukan pelancong lain, sangat-sangat membantu mereka yang memerlukan. Tahniah!!! Keep it up!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.