Sewa Apartment Murah Di Itaewon Seoul Yatch Guesthouse

sewa apartment murah di itaewon seoul

Hits: 343

Masih ramai lagi yang belum ke Korea kan? Kalau nak ke Seoul, boleh la cuba untuk menginap di salah satu apartment murah di kawasan Itaewon. Mengikut perkongsian rakan di Facebook, mereka Sewa Apartment Murah Di Itaewon Seoul Yatch Guesthouse. Lokasinya betul-betul terletak di kawasan Muslim, pekan kecil Itaewon.

Menurut sumber Facebook CQ La penginapan ini dikenali sebagai Yatch Guesthouse atau YATCH APARTMENT. Ia mempunyai 3 unit apartment yang sederhana besar dan sesuai untuk disewa bagi mereka yang datang berkumpulan yang kecil.

Sewa Apartment Murah Di Itaewon Seoul Yatch Guesthouse

sewa apartment murah di itaewon seoul

sewa apartment murah di itaewon seoul

Kalau nak sewa Yatch Guesthouse Itaewon ini, dicadangkan untuk menempah tidak kurang 3 malam. Ia mempunyai bilik peribadi, ruang Living Room peribadi, bilik air peribadi, dapur peribadi dan boleh memuatkan 8 orang dewasa dengan selesa. Kalau nak extra bed, boleh tambah KRW10000 setiap satu.

Setiap tingkat bangunan ini katanya dilengkapi dengan ONDOL SYSTEM Heater. Yang mana untuk Bilik 1 ia mempunyai katil berkembar dan katil tambahan. Untuk Bilik 2 ia mempuyai 6 katil dan katil tambahan. Ruang living room pun boleh guna untuk katil tambahan jika mahu.

sewa apartment murah di itaewon seoul

sewa apartment murah di itaewon seoul yatch guesthouse
Katil Yatch Guesthouse
sewa apartment murah di itaewon seoul yatch guesthouse
Dapur Yatch Guesthouse

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Seoul

Yatch Guesthouse Itaewon ini mempunyai kemudahan penuh. Ia termasuk kemudahan TV, peti sejuk, hairdryer, periuk nasi, toaster, microwave, cerek, pinggan mangkuk, cawan dan macam-macam lagi keperluan rumah yang asas.

Nak basuh baju pun boleh, dengan kos sekitar KRW3000 untuk basuhan dan KRW3000 untuk mengering.

Yatch Guesthouse Itaewon di Seoul ini dilengkapi dengan sistem keselamatan. Ia punyai ‘Main Entrance Password’ dan juga ‘Apartments Password.

Memandangkan ia terletak berdekatan dengan komuniti Muslim di Korea, ia sangat dekat dengan banyak Restoran Halal di Itaewon termasuk Masjid Seoul dan juga kemudahan Subway.

Jadi, untuk anda yang bercadang nak backpakers ke Seoul dengan rakan-rakan, penginapan di Yatch Guesthouse Itaewon ni antara cadangan terbaik untuk dimasukkan dalam list bajet korang semua. Kalau kos penginapan dan kos untuk makan boleh dijimatkan di sini, maka, ada peluang la boleh shopping lebih di Korea 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.