The Pinnacles Gunung Mulu National Park Sarawak

Hits: 14

Hutan Borneo di Sarawak, antara hutan yang menjadi tarikan utama pelancong Eropah. Di dalam Taman Negara yang unik ini, tersimpan banyak khazanah termasuk The Pinnacles Gunung Mulu National Park Sarawak. Pernah dengar tentang The Pinnacles Gunung Mulu?

Dalam bahasa Melayu, Pinnacle bermaksud puncak. Jadi kalau ‘Pinnacles’, ia membawa maksud puncak-puncak, merujuk kepada puncak batu-batu yang ada di sekitar Gunung Mulu National Park Sarawak ini.

The Pinnacles Gunung Mulu National Park Sarawak

pinnacles gunung mulu national park

pinnacles gunung mulu national park

Kalau anda nak tahu, Taman Negara Sarawak ini memiliki bentuk geografi unik ini menyediakan berbagai tarikan menarik antaranya gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih dan hutan dara tropika yang sangat asli.

Diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000, Taman Nasional Mulu adalah rumah koleksi koleksi khazanah semula jadi yang mengagumkan, termasuk pisau cukur tajam yang disebut juga ‘The Pinnacles’ dan Sarawak Chamber, ruang gua terbesar di dunia yang mampu menampung 40 pesawat Boeing 747.

Taman Negara Gunung Mulu adalah salah satu taman alam yang paling menarik di Malaysia. Terletak di tengah-tengah hutan Borneo, ia adalah salah satu daripada beberapa tempat di mana anda boleh mengalami perasaan sebenar ‘hutan’.

Di samping itu, taman ini dikenali sebagai fenomena semula jadi yang dikenali sebagai ‘Bat Exodus’. Setiap petang, berjuta-juta kelawar yang rumah di dalam gua, akan terbang keluar ke hutan.

pinnacles gunung mulu national park

pinnacles gunung mulu national park

pinnacles gunung mulu national park

Untuk orang Malaysia, paling mudah untuk ke sini dengan penerbangan MAS Wing dan akan mendarat di Mulu Airport. Kalau dari semenanjung, Ambil penerbangan dari KL – Kuching – Mulu. Kalau nak jimat lagi, boleh ambil penerbangan dari KL – Kuching – Miri – Mulu. Dari Mulu Airport, memang dah dekat dengan Mulu National Park.

Tetapi mengikut info, sebaiknya, kalau nak ke sini, kena buat tempahan awal. Bimbang takut nanti, tiada penginapan yang kosong. Maklumlah, kawasan ini tak banyak hotel mewah dan hotel 3 bintang. Kebanyakkan yang ada di sini ialah hotel biasa dan juga penginapan Dorm.

Pakej penginapan Dorm biasanya sekitar RM50 semalam dan pakej Tour Pinnacles Mulu National Park sekitar RM400 bagi pakej 3 hari 2 malam.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Sarawak

Untuk menerokai naik ke Mulu National Park, bukan la senang, kena ada stamina. Jadi, diharap anda yang nak ke sini, kena la bersedia sikit untuk keluarkan peluh.

MrJocko tak pernah sampai ke Mulu. Memang tengah plan untuk ke sana. Ia mungkin bukan tempat yang popular di kalangan orang Malaysia, tetapi, pengalaman untuk meneroka khazanah di sini sebenarnya priceless.

Mungkin akan sampai juga ke sana satu hari nanti. Sarawak Tourism tak nak ajak ke?.. #tourismmalaysia #sarawak #nationalpark

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.