Unboxing DJI Osmo Pocket Malaysia Harga USD349

unboxing dji osmo pocket malaysia

Hits: 32

Pertama kali MrJocko guna DJI Osmo Mobile awal tahun 2016. Selepas itu, tambah satu lagi DJI Osmo Mobile 2 untuk smartphone. Kini, ada rezeki untuk kongsi dan Unboxing DJI Osmo Pocket Malaysia Harga USD349 (MYR1460). Untuk sekarang, korang boleh buat tempahan dalam talian.

Model DJI Osmo Pocket ini adalah produk terbaru DJI yang menggunakan kamera dan teknologi drone ke handheld, mudah guna dan mudah bawa kerana ia hanya bersaiz poket seluar sahaja.

Unboxing DJI Osmo Pocket Malaysia Harga USD349

unboxing dji osmo pocket malaysia
DJI Osmo Pocket New In Box

Untuk informasi, pertama kali MrJocko guna DJI Osmo pada Februari 2016, masa tu tengah rancang untuk ke Perth, Australia. Boleh lihat video unboxing di sini : DJI Osmo Mobile Unboxing

Unboxing DJI Osmo Part 1#Unboxing#GadgetReview#DJIOsmo#LifeAsMrJocko

Posted by Rosmadi Shakri on Khamis, 18 Februari 2016

Apa yang ada dalam set DJI Osmo Pocket ini ialah :

1. Peranti DJI Osmo Pocket Camera disertakan sekali dengan 3-axis stabilizer gimbal
2. Hard Cover DJI Osmo Pocket
3. Adapter untuk USB C Type
4. Adapter untuk USB Lightning (untuk produk Apple)
5. USB Cable Type C untuk charger
6. Tali Straps
7. Adapter Port Cover

Harap maklum, Micro USB Card kena beli sendiri. Hahaha!!!

unboxing dji osmo pocket malaysia

unboxing dji osmo pocket malaysia

unboxing dji osmo pocket malaysia

unboxing dji osmo pocket malaysia

Model terbaru dari DJI ini diberi nama Osmo Pocket, sesuai dengan saiznya yang kecil dan senang disimpan di dalam poket. Setakat ini, model ini dinobatkan sebagai kamera yang mempunyai gimbal 3-axis stabilizer tangan paling kecil di dunia. Ia kamera dari DJI paling kecil, kompak, intelligent dan terbaik yang pernah dicipta oleh DJI.

DJI Osmo Pocket bila-bila masa boleh merakan gambar dan video memori anda dengan cepat dan mudah.

Antara ciri-ciri utama DJI Osmo Pocket termasuk fungsi yang sangat ringat dan mudah alih, kualiti video 4K dengan 60fps Video, mechanical stabilization, rakaman video pintar, aksesori tambahan yang pelbagai serta ketahanan bateri sehingga 140 minit.

Berminat dengan DJI Osmo Pocket? Boleh tempat sekarang dengan harga USD349 (MYR1460) dengan penghantaran PERCUMA. Layari DJI Osmo Pocket Order Online.

Setakat ini, sudah beberapa kali MrJocko dan guna DJI Osmo Pocket untuk merakam gambar dan Video. Nanti akan saya kongsi dalam blogpost Gadget Review DJI Osmo Pocket dalam entry akan datang.

One Comment on “Unboxing DJI Osmo Pocket Malaysia Harga USD349”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.