Arca Putrajaya Tarikan Terbaru Wilayah Persekutuan Putrajaya

arca putrajaya

Hits: 12

Arca Putrajaya Tarikan Terbaru Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kini Wilayah Persekutuan Putrajaya lebih berseri dengan wujudnya satu lagi mercu tanda baharu, iaitu arca “Putrajaya.” Terletak, betul-betul di hadapan Pejabat Kerajaan Persekutuan Putrajaya dan juga Masjid Putrajaya.

Untuk informasi semua, majlis pelancaran mercu tanda ini telah disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Arca Putrajaya Tarikan Terbaru Wilayah Persekutuan Putrajaya

arca putrajaya

arca putrajaya

Landmark terbaharu Putrajaya ini dibina di Dataran Putra, Presint 1, di tempat paling sesuai untuk pelancong mengabdikan kenangan potret di sini.

Arca Putrajaya berketinggian 2.4 meter (lapan kaki) yang dikukuhkan dengan asas tapak huruf berkelebaran 1.5 meter (lima kaki) dengan panjang keseluruhan huruf sepanjang 22 meter (66 kaki) itu dibina daripada ‘stainless steel’ supaya tahan lasak.

Dengan latar belakang Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, arca yang direka bentuk dengan imej abstrak berwarna warni itu menampilkan keunikan paparan imej grafik yang boleh di tukar ganti.

Bahagian belakang huruf-huruf yang membentuk perkataan Putrajaya pula berimejkan kibaran jalur gemilang, gambaran semangat cintakan negara.

arca putrajaya dataran putrajaya

arca putrajaya dataran putrajaya

arca putrajaya dataran putrajaya

Baca : Tempat Menarik di Putrajaya

Kalau hari minggu, senang sahaja nak ke sini. Ada ruang parkir yang luas di sekeliling bulatan Dataran Putrajaya. Dari sini, hanya beberapa meter sahaja akan lihat pemandangan background landskap bangunan Perdana Putra dan Masjid Putrajaya yang menjadi ikon Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tiada bayaran masuk dikenakan kerana ia terletak di kawasan terbuka.

Nak cari tempat rehat dan tempat makan, ada banyak gerai makan bersebelahan dengan Masjid Putrajaya ataupun bersebelahan dengan Perdana Putra.

Untuk pelancong tempatan seperti kita orang Malaysia, melancong ke Putrajaya bukan satu masalah besar. Ia satu kemestian dan lokasi wajib lawat bagi semua orang Malaysia. Paling tidak, boleh kenal pejabat Perdana Menteri dan juga Masjid Putrajaya, antara masjid yang paling terkenal dan terbesar di Malaysia.

Secara peribadi, Arca ini boleh menarik ramai pelancong lagi untuk ke Putrajaya. Tambahan pula, bila tiba waktu malam di sekitar Putrajaya, ada banyak limpahan cahaya lampu.

Arca Putrajaya juga akan bersinar dengan cahaya bila tiba waktu malam. Kalau korang seorang peminat landskap, cuba ke sini untuk dapatkan gambar matahari terbit dan matahari terbenam dengan menjadikan Arca Putrajaya sebagai fokus. Mesti cantik!!!

Nak tahu apa lagi yang menarik di Putrajaya, layari Facebook Putrajaya.

Note :
Terima kasih kepada Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd atas tajaan kenderaan Ford Ranger Wildtrak 3.2L Diesel.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.