Gerai Durian Hulu Langat Gerai Taman Sri Nanding

Gerai Durian Hulu Langat 02

Hits: 156

Sudah beberapa kali kami ke sini, Gerai Durian Hulu Langat Gerai Taman Sri Nanding, antara gerai yang menjual buah durian kampung dengan harga yang murah dan berbaloi untuk kaki makan durian seperti kami sekeluarga. Dari durian kampung biasa, hingga ke durian Musang King, semua ada.

Kalau tiba musim durian, gerai durian ini penuh dengan longgokkan buah durian, Raja Buah. Seingat saya, pernah beli buah durian kampung di sini dengan harga serendah RM4 sekilogram. Kalau jenis durian yang elok sikit, D24, harga cuma sekitar RM8 sekilo. Itu masa durian tengah kemuncak.

Gerai Durian Hulu Langat Gerai Taman Sri Nanding

Gerai Durian Hulu Langat 02

Kali ini, kami ke sini lagi. Walaupun jauh dari rumah kami, tetapi, kalau mengidam nak makan durian, kami sanggup ke sini. Apa tidaknya, kalau kena nasib baik, buah yang elok dan cantik, dijual dengan harga sekitar RM6 sahaja untuk sekilogram.

Kali ini, ada beberapa longgok harga yang berbeza. Bermula dengan selonggok buah durian kampung sekitar 3 – 5 biji untuk dibuat Tempoyak, cuma RM10 selonggok. Untuk harga biasa durian kampung yang rosak sedikit dijual dengan harga RM6 sekilogram, buah yang elok tetapi kecil sekitar RM10 sekilogram, buah agak besar RM12 sekilogram dan buah yang baru dijual sekitar RM13 sekilogram.

Gerai Durian Hulu Langat

Gerai Durian Hulu Langat

Gerai Durian Hulu Langat

Baca : MrJocko dan Buah Durian

Buah Durian D24 dan D2 juga ada dijual dengan harga cuma RM15 sekilogram. Kalau yang jenis suka makan durian premium, dapat buah jenis D24 pun dah kira Alhamdulillah. Ramai sebenarnya peminat buah durian D24.

Untuk informasi, durian Musang King pun ada, harga untuk sekila dijual dengan harga RM38 sahaja. Sejauh mana kualiti buah durian Musang King di Gerai Durian Hulu Langat ni tak pasti la pulak.

Untuk peminat buah durian sekitar Kuala Lumpur, Cheras, Hulu Langat, mungkin kalau nak makan durian banyak dengan harga yang berbaloi, boleh la singgah di Gerai Durian Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Setakat ini, boleh dikatakan harga berbaloi, servi pun okay dan ada banyak pilihan.

Nak lebih mudah kalau nak cari Gerai Durian Taman Sri Nanding Hulu Langat ni, boleh cari di Google Map ini. Ia terletak di koordinat 3°06’03.9″N 101°48’12.7″E.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.