Jualan Diskaun Sehingga 70% Di GHPO

Hits: 61

Kali terakhir singgah di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) pada Julai 2018. Masa tu pun naik ke atas hanya untuk jalan-jalan ambik udara sejuk. Kali ini, awal tahun sekali lagi ke sana. Meriah! Ada banyak Jualan Diskaun Sehingga 70% Di GHPO. Banyak jenama antarabangsa tawar harga murah di outlet mereka.

Selama singgah di kebanyakkan Premium Outlet, seperti di Johor Premium Outlet, Gotemba Premium Outlet, Lotte Premium Outlet, Sano Premium Outlet, antara lokasi pilihan untuk cari tawaran diskaun murah ialah di butik atau outlet kasut sukan. Biasanya akan singgah di Adidas, Nike, Puma dan kalau di Jepun, mesti akan singgah di ABC Mart.

Jualan Diskaun Sehingga 70% Di GHPO

Jualan Diskaun Sehingga 70% Di GHPO

Jualan Diskaun Sehingga 70% Di GHPO

Sebenarnya, saya bukan kaki shopping. Beli bila perlu sahaja. Dan, kalau ikut normal, bila ada harga yang terlalu murah, kalau ada duit lebih, memang kami beli.

Secara umum, barang-barang di Premium Outlet ini memang agak berhantu kepada kaki shopping. Kenapa begitu? Sebab ramai akan terpengaruh dengan teknik jualan SALES, DISCOUNT 50%, Beli Satu Percuma Satu dan banyak lagi.

Diskaun Sehingga 70% Di GHPO 01 Adidas
Adidas
Diskaun Sehingga 70% Di GHPO 01 Nike
Nike
Diskaun Sehingga 70% Di GHPO 01 Under Armour
Under Armour

Kalau pandai cari, banyak kasut yang harganya memang murah berbanding butik biasa di sekitar KL. Antara tips nak cari kasut murah bila tiba musim SALES di Genting Highlands Premium Outlet ialah dengan mencari kasut ‘Last Pair’.

Try dulu lihat dalam kotak bahagian Last Pair. Selalunya untuk jenis offer macam ni, harga memang gila-gila murah. Kalau bernasib baik seperti masa saya shopping di Japan dan Johor, harga untuk sepasang Nike atau Adidas hanya berharga sekitar RM70 hingga RM150 sahaja, walaupun harga asal sekitar RM500. Murah kan???

Sudah tentu, kalau nak cari harga kasut Adidas, Nike, Under Armour, Puma dan banyak lagi kasut lain, jangan harap nak cari model baru. Kebiasaan yang diletakkan harga tawaran 30% hingga 90% itu adalah model lama. Kalau orang Jepun kata, ‘Out Dated’. Tapi jangan risau, sebab banyak model lama tetapi masih dalam lingkungan design dan material yang cantik.

genting highlands premium outlet sales

Baca : MrJocko dan Shopping

Selain kasut, untuk orang perempuan, pastinya Beg Tangan yang menjadi pilihan. Banyak yang ada di sini, ditawarkan dengan harga yang cukup murah. Pada yang pandai cari beg tangan berjenama, mungkin senang la nak pilih. Kalau macam kami yang tak pakai beg ‘branded’ memang tak jumpa.

Sebab itu, kalau korang memang bercadang nak shopping sesuatu yang baru dan mungkin sedikit premium, boleh la singgah di Genting Highlands Premium Outlet. Tak jauh dari Kuala Lumpur. Anggap sahaja singgah di sini untuk bersantai, sambil shopping.

Kalau ke Genting Highlands ni, umpama cuti-cuti dalam Malaysia. InsyaAllah, kalau bawak wife, dia mesti happy. Kalau bawa anak-anak, mereka lagi happy.

Nota Kaki : Pengangkutan kami ke Genting Highlands ditaja oleh Ford Malaysia dengan pemanduan hebat Ford Ranger Wildtrak BiTurbo.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.