Lumphini Park Bangkok Taman Aktiviti Popular Di Thailand

lumphini_park_bangkok

Hits: 47

Tidak sah kunjungan korang ke Bangkok kalau tidak singgah di Lumphini Park. Kalau nak tahu, Lumphini Park Bangkok Taman Aktiviti Popular Di Thailand. Hampir setiap minggu, ada pelbagai aktiviti menarik dianjurkan di taman ini. Dari aktiviti yang kecil hingga ke festival besar di Thailand.

Baca : MrJocko dan Thailand Tourism Festival 2017

Tambah lagi, kedudukan taman ini yang terletak ditengah-tengah kotaraya Bangkok, menjadikan ia salah satu kawasan paling strategik untuk penganjur mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat.

Lumphini Park Bangkok Taman Aktiviti

lumphini_park_bangkok

lumphini_park_bangkok

lumphini_park_bangkok

Kalau dilihat, ia seperti ‘lake garden’ sama seperti Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, namun di dalam kawasan ini, ia punyai beberapa bahagian dan ia disusun cantik untuk menganjurkan pelbagai aktiviti saban minggu.

lumphini park bangkok

Untuk ke sini, korang boleh guna MRT dan berhenti di Silom Station atau Lumphini Station. Hanya berjalan kaki beberapa minit, sudah sampai ke kawasan ini.

lumphini park bangkok

lumphini park bangkok

lumphini park bangkok

lumphini park bangkok
Persembahan Kebudayaan Thailand

lumphini park bangkok

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Bangkok

Paling menjadi tumpuan kalau ada festival besar di Lumphini Park ialah kawasan Street Food. Macam-macam menu asli dari Thailand ada dijual di sini. Jika anda bernasib baik, khususnya pelancong Muslim, ada beberapa gerai menjual menu Halal, penjual Muslim yang berasal dari Selatan Thai.

Bagi mereka yang minat kebudayaan dan persembahan, akan ada pertunjukkan kebudayaan Thailand, samada tarian ataupun nyanyian. Kawasan di Lumphini Park ni agak besar dan ada banyak pentas yang boleh anda pilih.

Kemudahan asas seperti tandas awam juga ada banyak dan bersih. Cuma tak perasan pulak tentang Ruang Solat atau Musalla bagi pelancong Muslim. Nanti MrJocko semak balik.

Sebab itu, kalau korang ke Bangkok, cuba dapatkan informasi, apa yang berlaku di sekitar Lumphini Park Bangkok. Kalau kebetulan ada festival, ia mungkin Jackpot untuk korang semua.

Festival besar seperti ini akan ada banyak aktiviti. Kalau seharian pusing di sini pun tak akan puas. Sebelah malam pula, boleh la berjalan kaki ke Silom Night Market. Kawasan pasar malam di Silom ini juga salah satu kawasan membeli belah yang popular di Bangkok.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.