Review DJI Osmo Pocket Dengan Kualiti Gambar 4000 x 2250 Pixels

review dji osmo pocket gambar

Hits: 34

Sebulan yang lepas, MrJocko berpeluang untuk review DJI Osmo Pocket. Ia product terbaru dari DJI dan ia kini sudah boleh dibeli di outlet elektonik seluruh Malaysia dan juga Online. Kali ini, nak kongsi Review DJI Osmo Pocket Dengan Kualiti Gambar 4000 x 2250 Pixels. Ia, gajet yang bukan sahaja untuk merakam Video 4K, tetapi juga punyai kualiti rakaman gambar yang memuaskan.

Unboxing DJI Osmo Pocket Malaysia

Rata-rata peminat gajet yang sudah review DJI Osmo Pocket memberikan feedback positif. Antara yang memberi kelebihan kepada DJI Osmo Pocket ialah rakaman video yang stabil, kualiti yang cantik walaupun dalam ‘low light’, kecil dan muat pocket, aplikasi yang memudahkan penggunaan, kualiti terbaik untuk Vlogger dan ketahanan bateri yang sangat berbaoi.

Review DJI Osmo Pocket Gambar

review dji osmo pocket gambar

review dji osmo pocket gambar
Hotel Maxim Genting

review dji osmo pocket gambar
Gambar Portrait

Untuk kali ini, MrJocko nak kongsi kualiti gambar yang dirakam menggunakan DJI Osmo Pocket. Untuk kegunaan biasa, ia memang boleh tahan. Kali pertama mencuba di Genting Highlands dan kebanyakkan gambar yang dirakam ini adalah gambar ketika berada di dalam bangunan SkyAvenue dan juga SkyTropolis.

Dalam keadaan lokasi yang agak malap dengan kekurangan cahaya, ia masih lagi boleh merakam gambar dengan agak jelas.

Untuk info, saiz asal gambar-gambar ini dirakam dengan ukuran 4000×2250 dengan resolusi 72. Untuk dipadankan dengan blog ini, MrJocko terpaksa kecil dan resize ke sazi 640×450 sahaja. Pun begitu, ia masih lagi nampak jelas bukan?

review dji osmo pocket gambar
RW Genting di SkyAvenue

review dji osmo pocket gambar
Bergambar dalam SkyTropolis

review dji osmo pocket gambar

review dji osmo pocket gambar

review dji osmo pocket gambar
Rides di SkyTropolis Fundlands

Perlu diingat, DJI Osmo Pocket dicita untuk rakaman video 4K yang stabil. Fungsi utamanya ialah untuk Video. Rakaman gambar adalah sampingan sahaja dan satu fungsi tambahan.

Sudah pasti kualitinya tak sehebat kamera DSLR, tetapi ia memberi fungsi tambahan yang bernilai untuk model DJI Osmo Pocket.

Untuk sementara, kalau nak lihat hasil rakaman menggunakan footage DJI Osmo Pocket, boleh lihat contoh tanpa edit ini di Facebook MrJocko

Lebih 400000 sqft kawasan bermain di SkyTropolis Funland!!! Weekdays (Mon – Fri) = RM10Sat – Sun , Public Holidays,…

Posted by Rosmadi Shakri on Isnin, 7 Januari 2019

Persembahan SkySymphony di SkyAvenue Genting Highlands

Persembahan SkySymphony yang hebat di SkyAvenue Resorts World Genting. Footage by DJI Osmo Pocket#DekatJer #ResortsWorldGenting #SkyAvenue #SkySymphony #TourismPahang #DJI #DJIOsmoPocket #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Posted by MrJocko on Isnin, 14 Januari 2019

jadi kesimpulan di sini, kalau korang jenis yang lebih banyak merakam gambar, DJI Osmo Pocket bukan gajet untuk korang. Tetapi, kalau perlukan gajet untuk rakaman video, rakaman video selfie dengan kualiti yang paling stabil menggunakan 3 gimbal axis, sudah pasti gajet DJI Osmo Pocket ini adalah pilihan terbaik!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.