Sambutan Tahun Baru 2019 Sarawak Sempena Visit Sarawak

Sambutan Tahun Baru 2019 Sarawak Sempena Visit Sarawak. Sambutan peringkat kebangsaan ini berlangsung dengan meriah di sekitar Kuching Waterfront dan disaksikan sendiri oleh ribuan warga Sarawak dengan kemeriahan percikan Bunga Api dan Persembahan Kebudayaan Sarawak.

Ia adalah malam yang berwarna-warni dan sangat meriah. Kalau ditanya kenapa ia diadakan di sini, ia bersempena dengan pelancaran Visit Sarawak 2019 dengan menggunakan slogan Sarawak, More To Discover, bermula dari petang 31 Disember 2018 hingga awal pagi 1 Januari 2019.

Sambutan Tahun Baru 2019 Sarawak Sempena Visit Sarawak

Sambutan Tahun Baru 2019 Sarawak copy

Ramai orang menyaksikan kedamaian dua kilometer yang terkenal di ibu negara untuk menyambut tahun baru.

Pengunjung ini datang dari seluruh pekan dan bandar sekitar Kuching untuk menyaksikan sendiri kemeriahan sambutan dengan persembahan iringan tarian kebudayaan, persembahan muzik dan konsert, ketika berakhirnya tahun 2018..

Pelancong dan penduduk setempat dilihat tidak berganjak, walaupun hujan lebat turun seawal jam 7.30 petang. Majlis ini dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan melancarkan sekali Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019.

Negeri ini berharap dapat meraih pendapatan RM8.79 bilion daripada jangkaan lima juta pelawat pada tahun 2019.

Sarawak terkenal dengan negeri yang masih kaya dengan hutan belantara asli dan jenama Borneo. Hutan asli ini antara yang tertua di dunia dan punyai pelbagai tarikan menarik untuk pelancong luar negara yang tidak ada di tempat lain.

Untuk info, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memperkenalkan logo Tahun Melawat Sarawak 2019 pada satu acara industri di London, United Kingdom (UK) pada 6 November lalu.

logo visit sarawak 2019

Logo Tahun Melawat Sarawak 2019 itu akan menjadi lambang utama bagi Kempen Melawat Sarawak yang akan bermula secara rasmi pada Januari tahun depan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kempen tersebut dijangka akan menempatkan Sarawak dalam peta pelancongan sebagai salah satu destinasi pelancongan di Asia Tenggara.

“Slogan ‘More to Discover’ menggariskan strategi STB untuk meletakkan negeri ini sebagai platform pelbagai jenis budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan perayaan (CANFF) yang tidak dijumpai di mana-mana tempat lain di dunia.

Sarawak mencatatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM8.59 bilion daripada pelancongan pada 2017 yang mewakili 7.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketibaan pelancong antarabangsa ke Sarawak mencatatkan seramai 2.6 juta orang tahun lalu.

Beberapa pasaran utama untuk Tahun Melawat Sarawak ialah UK, Jerman, China, Australia dan negra-negara ASEAN.

Negara-negara ASEAN adalah sumber utama pelawat yang menyumbang 48.98 peratus atau 2.38 juta ketibaan pada 2017.

Sumber : Utusan Borneo Tahun Melawat Sarawak 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.