Persembahan Bebola Lampu Di SkySymphony Genting Highlands

Kalau anda ke Genting Highlands, pasti ada sesuatu yang akan menjadi tarikan pesona semua orang. Ia adalah Persembahan Bebola Lampu Di SkySymphony Genting Highlands. Persembahan SkySymphony ini adalah gabungan pertunjukkan lampu dan bunyi yang sangat menarik.

SkySymphony juga dikenali dengan nama Teater Lampu dan Bunyi.

Resorts World Genting dengan bangga mempersembahkan, pertunjukkan SkySymphony. Ia adalah perembahan percuma untuk pengunjung di Genting Highlands yang mempamerkan orkestra luar biasa pengaturcaraan kombinasi audio, visual dan gerakan grafik.

SkySymphony Genting Highlands

skysymphony_genting_highlands

skysymphony_genting_highlands

Perhatikan dibahagian atas, atrium yang besar di ruang legar SkyTropolis, Resorts World Genting berubah menjadi dunia alternatif untuk bercerita visual yang hebat.

Bersedialah untuk menyaksikan sendiri cerita-cerita spellbinding yang diceritakan melalui transformasi dinamik 1,001 bola winch yang digantung dari ketinggian siling bangunan empat tingkat tersebut.

Setiap persembahan disertai dengan visual sinematik yang lebih besar dan menarik dengan campuran muzik asal.

Setiap satu jam, SkySymphony akan mempersembahkan persembahan mengikut turutan yang tertentu. Menjelang malam, ia lebih kerap. Pastinya, persembahan ini akan memukau perhatian sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.

skysymphony_genting_highlands

skysymphony_genting_highlands

skysymphony_genting_highlands

skysymphony_genting_highlands

Video Persembahan SkySymphony Genting Higlands

Persembahan SkySymphony di SkyAvenue Genting Highlands

Persembahan SkySymphony yang hebat di SkyAvenue Resorts World Genting. Footage by DJI Osmo Pocket#DekatJer #ResortsWorldGenting #SkyAvenue #SkySymphony #TourismPahang #DJI #DJIOsmoPocket #TravelBlogger #LifeAsMrJocko

Posted by MrJocko on Isnin, 14 Januari 2019

Sumber : https://www.rwgenting.com/attractions/SkySymphony/

Untuk anda yang hanya santai-santai bersama keluarga naik ke puncak Genting Highlands dan malas nak belik tiket atau beratur panjang menaiki ‘ride’ di SkyTropolis, ini antara aktivit percuma yang boleh anda sertai bersama anak-anak dan keluarga.

Nak cari Atrium Besar dan SkySymphony ni mudah sahaja. Cari SkyAvenue Shopping Mall atau cari kawasan SkyTropolis. Kalau anda perasan, ia terletak di kawasan Pentas Utama ketika zaman Genting Indoor Park dulu-dulu, sebelum diubahsuai.

Fakta Ringkas SkySymphony

1. SkySymphony adalah pemasangan winch kekal yang terbesar di Asia
2. SkySymphony adalah daya tarikan multimedia yang pertama di Asia
3. Pertunjukan-pertunjukan ini merangkumi pertunjukkan Hutan, Urban Symphony dan “The Goddess”
4. 1,001 winch balls digantung dari siling di ketinggian bangunan empat tingkat
5. Kelajuan kilat diprogramkan paling pantas ialah 17.5 meter dalam enam saat

Kalau dah ke SkySymphony, singgah la sekali di SkyAvenue Shopping Mall Genting Highland. Mana tahu nak shopping di shopping mall tertinggi di Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.