GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Gambar Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Gambar Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang kini jadi tumpuan ramai kaki gambar. Beberapa bulan lepas, ada la 2 – 3 Instafamous singgah di sini dan bergambar unik di lengkok tangga yang terdapat dalam bangunan Sasana Kijang Bank Negara ini. Sejak itu, ia semakin menjadi tumpuan pelancong tempatan.

MrJocko dan keluarga pun selalu ke sini, tapi tak terfikir pulak nak ambil gambar macam ni. Lepas tengok gambar Instafamous di BNM Mag, WOW!!! Hasil gambar kreativiti mereka terdahulu, kami pun ikut sama, hahaha!!!

Baca : Muzium Menarik Di Dunia

Gambar Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Sedikit informasi tentang Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam, dan perancangan kewangan bersama-sama Bank Negara yang memainkan peranan penting dalam membina kefahaman melalui transformasi polisi ekonomi pada masa hadapan. Galeri Seni disini mempamerkan koleksi-koleksi seni Bank Negara dari bumi Asia Tenggara dan Malaysia dan diperolehi sejak tahun 1962.

Gambar Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Gambar Tangga Viral Di BNM Mag Sasana Kijang

Mengikut info, kalau tak silap tangga ini memang unik. Kalau tak silap, harga kos untuk tangga ini sahaja bernilai sekitar RM1 Juta. Wow!!!

Ruang pameran dan kawasan tangga ini dibuka kepada orang awam setiap hari, bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Paling best, masuk ke BNM Mag ini adalah PERCUMA, tiada sebarang bayaran dikenakan.

Anda bebas untuk mengambil gambar (kecuali beberapa bahagian dalam ruang pameran tertentu) dan dinasihatkan tidak membuat bising ketika berada di sini.

Ada ruang Cafe Awam di sini, digelar Museum Cafe menyediakan menu makanan santai berkonsep moden.

Tangga Viral Di BNM Mag, BNM Mag, Tangga Viral, BNM, Bank Negara, Bank Negara Malaysia, Muzium Bank Negara,

Tangga Viral Di BNM Mag, BNM Mag, Tangga Viral, BNM, Bank Negara, Bank Negara Malaysia, Muzium Bank Negara,

Ruang parkir disediakan di bahagian tingkat LB5 untuk pengunjung dengan bayaran berpatutan, ruang Solat untuk orang Islam dan juga beberapa aktiviti untuk kanak-kanak. Sangat berbaloi kerana kawasan yang besar, berhawa dingin dan sangat selamat.

Dalam bangunan ini ada mempunyai 6 Galeri yang berbeza. Galeri Seni, Galeri Nunismatik, Galeri Kewangan dan Perbankan Islam, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi dan juga Galeri Kanak-kanak.

Seperti biasa, nak tahu lebih lanjut tentang informasi penting yang ada di BNM Mag ini boleh layari laman web rasmi mereka di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.