Teaser Review Ford Ranger Wildtrak Malaysia

review ford ranger wildtrak

Hits: 22

Permulaan tahun baru 2019, MrJocko dijemput untuk pandu uji sebuah kenderaan jenama Ford. Kali ini, bukan kenderaan biasa, tetapi sebuah pickup truck yang diberi nama Ford Ranger. Lebih menarik, ia model terbaru. Ini adalah entry Teaser Review Ford Ranger Wildtrak Malaysia.

Pertama kali sebenarnya memandu kereta sebesar pickup truck seperti ini. Kalau sebeum ini, lebih kepada kereta sedan dan juga SUV, kali ini, nak tengok apa kelebihan yang ada pada pickup truck Ford Ranger model terbaru yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Sime Darby Auto Connexion Sdn Bhd.

Teaser Review Ford Ranger Wildtrak

review ford ranger wildtrak

review ford ranger wildtrak

Sekali lihat, nampak memang besar. Panjang dari kereta sedan biasa. Tapi, bila dah berada dalam kokpit dan pegang steering Ford Ranger, ia dah jadi lain. Semacam Syiok!!!

Untuk informasi, model yang MrJocko nak pandu uji ini ialah model Ford Ranger Wildtrak berkapasiti 3.2 Liter. Ia mempunyai kuasa BiTurbo (Duo Turbo) dengan kelebihan saiz tangki minyak Diesel sebesar 80 Liter.

Model Ford Ranger Wildtrak 3.2 Liter (Diesel) ini adalah model sedikit rendah dari model Ford Ranger Raptor yang dikatakan antara Pickup Truck TERBAIK setakat ini.

Model ini dilengkapi dengan fungsi ‘auto lights’ dan ‘wipers’, AEB untuk ‘pedestrian detection’, parkir automatik, ‘adaptive cruise control’, ‘climate control air conditioning’ dan skrin sesentuh multimedia dengan Apple Carplay, Android Auto serta fungsi Bluetooth.

review ford ranger wildtrak

Baca : MrJocko dan Auto Review

Papan pemuka (dashboard) yang cantik dan nampak sangat mewah, tidak seperti kebanyakkan model kenderaan Pickup Truck model lain. Yang ni, kalau ambil gambar dari dalam, sudah pasti kelihatan seperti kenderaan sedan mewah :).

Tangki minyak penuh, 80 liter. Nampaknya, boleh pergi jauh. Sebab katanya, penggunaan purata bahan bakar untuk Ford Ranger Wildtrak ini hanya sekitar 9l/100km. Sangat jimat untuk segmen kenderaan besar seperti ini.

First drive kereta ini dari Petaling Jaya balik ke rumah, memang dah rasa sangat selesa. Aircond yang sangat power, sistem audio yang punyai bunyi memberangsangkan serta bantuan kawalan di tangan, steering membuatkan ia antara kereta pilihan ramai peminat kereta Pickup di Malaysia.

Maklumat tentang Ford Ranger Wildtrak ini boleh baca dulu di Ford Ranger Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.