Vision City Video Games Park Genting Highlands

Sejak berzaman lagi, antara pilihan santa keluarga di Genting Highlands ialah di video games park yang terletak di sekitar hotel di Resorts World Genting. Kini, ia dikenali dengan nama Vision City Video Games Park Genting Highlands, menawarkan lebih banyak permainan video, permainan aktiviti dan pelbagai mesin mainan yang menggunakan sistem pembayaran automatik.

Vision City Video Games Park adalah pusat arked maianan dalaman di Genting Grand, di mana pelawat dari semua peringkat umur (terutamanya kanak-kanak) boleh menikmati masa keseronokan semasa lawatan mereka ke Genting Highlands.

Vision City Video Games Park Genting Highlands

vision_city_video_games_park

vision_city_video_games_park

Vision City Video Games Park dibuka setiap hari. Di sini terdapat lebih daripada 400 jenis pilihan hiburan permainan yang menyeronokkan, seperti permainan interaktif, permainan berasaskan kemahiran, kiddie rides, dan permainan penebusan yang memberi ganjaran seperti hadiah patung permainan dan banyak lagi.

Ia dibuka pada hari Isnin – Khamis, jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Mnakala pada hari Jumaat – Ahad, ia dibuka pada jam 9.00 hingga jam 1.00 pagi.

vision_city_video_games_park

Untuk rangkaian permainan di sini, ia umpama ruang hiburan dalaman untuk kanak-kanak dengan pelbagai pilihan permainan video dan mainan aktiviti yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak.

Di Vision City Video Games Park, untuk semua jenis permainan, ia menggunakan sistem automatik kad EziCash Genting.

vision_city_video_games_park

vision_city_video_games_park

vision_city_video_games_park

Baca : MrJocko dan Resorts World Genting

Bagaimana untuk menggunakan kad EZiCash? Ia semudah A, B, C. Pilih permainan yang ingin anda mainkan, cari pembaca kad sapu pada mesin, dan kemudian leret dari kanan ke kiri. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, kredit yang diperlukan untuk memulakan permainan dinyatakan pada mesin leret.

Terdapat beberapa lokasi di mana anda boleh menggunakan kad EZiCash anda:
• Vision City Video Games Park, Genting Grand Hotel
• Children Rides Zone, Genting Grand Hotel
• Funtasy World, First World Plaza Level T2B
• T3 Lobby, First World Hotel

Fakta mengenai kad EZiCash:
1. Kredit yang terkandung dalam kad EZiCash hanya akan aktif selama 3 hari, yang bermaksud kredit akan dilupuskan secara automatik selepas 3 hari atas / pembelian.

2. Baki kredit tidak boleh dikembalikan.

3. E-Tiket akan dikumpulkan apabila anda bermain Permainan Penebusan menggunakan kad eZiCash. Bilangan tiket yang dikumpul ditunjukkan pada mesin sapu sejurus selepas sesi permainan tamat.

Nak tahu apa lagi menarik di Genting Highlands, boleh baca di sini Genting Highlands Attractions.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.