Eco Capsule Resort Di Teluk Bahang Pulau Pinang

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Hits: 39

Tidak pernah sampai ke sini, tetapi terlintas untuk berkongsi informasi tentang resort yang viral di Pulau Pinang. Ia dikenali dengan nama Eco Capsule Resort Di Teluk Bahang Pulau Pinang. Resort Eco Capsule ini semakin popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara, punyai keunikkan tersendiri.

Resort ini terletak tepat di sebelah Entopia Farm (atau dikenali sebagai Butterfly Farm) dan Escape Park. Tetamu boleh melawat Taman Escape yang menarik sekitar kawasan resort. Untuk info resort ini merupakan sebahagian daripada rizab hutan.

Eco Capsule Resort Di Teluk Bahang Pulau Pinang

eco_capsule_resort_teluk_bahang

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Terletak di Batu Ferringhi, Eco Capsule Resort di Teluk Bahang terletak sekitar 2.5 km dari Penang National Park dan menawarkan pelbagai kemudahan, seperti kemudahan kolam mandi, aktiviti mendaki serta aktiviti malam seperti barbeku.

Ada unit chalet tertentu di resort ini mempunyai teres dengan pemandangan taman. Bilik-bilik lengkap dengan bilik mandi berkongsi, sementara beberapa bilik di hotel kapsul juga mempunyai ruang tempat duduk.

eco_capsule_resort_teluk_bahang

eco_capsule_resort_teluk_bahang
Chalet

eco_capsule_resort_teluk_bahang

eco_capsule_resort_teluk_bahang
Chalet
eco_capsule_resort_teluk_bahang
Kolam Mandi
eco_capsule_resort_teluk_bahang
Kolam Mandi

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Ada banyak pilihan chalet dan alam semulajadi menjadi tarikan utama di sini. Tambahan pula, bila berada di kawasan ini, memang agak nyaman dan tenang.

Kalau bercadang nak menginap di sini, pakej 2 hari 1 malam sudah cukup. Tetapi untuk yang betul-betul inginkan ketenangan dari hiruk piruk kota, boleh cuba 3 hari 2 malam. Abaikan kesibukkan seketika, rehat dengan sepuasnya di Eco Capsule Resort Teluk Bahang.

eco_capsule_resort_teluk_bahang

eco_capsule_resort_teluk_bahang

Kalau tak silap, sekitar Teluk Bahang ni ada banyak kebun durian. tak pasti pulak kawasan Eco Capsule Resort ini ada kebun durian atau tidak. Tetapi, sekitar kawasan ini ada banyak gerai menjual buah durian. Paling terkenal di sini ialah durian Black Thorn. Kalau ada, mesti beli.

Oh ya, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sejauh 37 km dari resort.

Berminat dengan chalet di kawasan Eco Capsule Teluk Bahang ni boleh terus ke alamat ini Lorong Rimba, 11050 George Town, Penang. Atau buat tempahan di talian telefon 012-430 9599.

Kalau ikutkan harga yang dipaparkan di laman web internet, ia dikatakan hanya sekitar RM90 untuk satu chalet. Masa promosi, harga pakej bilik di Eco Capsule Resort pasti lebih murah berbanding harga biasa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.