GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Potensi Pelancongan Di Sarawak Destinasi Baru Borneo

Tahun 2019 ialah Tahun Melawat Sarawak. Destinasi negeri paling besar di Malaysia ini sebenarnya lebih dari semua yang ada di negeri lain. Banyak Potensi Pelancongan Di Sarawak Destinasi Baru Borneo yang boleh diterokai, Lebih-lebih lagi, Lebuhraya Pan Borneo sudah mula melebarkan jajarannya dan memudahkan perjalanan rakyat Sarawak

Last MrJocko ke Sarawak pada November 2016, ketika penggambaran Travelog rancangan RTM1 bermula dari Sematan, melalui Kuching, Sri Aman, Sarikei, Sibu sehingga ke Mukah. Masa itu, Lebuhraya Pan Borneo masih dalam pembinaan.

Potensi Pelancongan Di Sarawak Destinasi Baru Borneo

sarawak maps

Untuk info, Kerajaan Sarawak menyasarkan pendapatan dari sektor pelancongan sebanyak RM8 bilion hingga RM10 bilion pada 2019, menurut kata Menteri Penolong Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin.

Dalam masa ini, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke Sarawak dengan pelbagai aktiviti dan promosi semasa.

Baca : Tempat Menarik di Sarawak Bumi Kenyalang

“Tahun ini berkaitan dengan promosi Pelancongan Sarawak kami, kami menyasar membawa 5 juta pelancong ke Sarawak,” kata Lee, sambil menambah bahawa cabaran utama yang dihadapi negeri dengan pelancongan adalah kekurangan sambungan udara terus dari luar negara.
 
Dalam istilah peratusan, pelawat asing merupakan lebih daripada 60% ketibaan pelancong.

Kalau disebut tempat menarik di Sarawak, memang banyak. Kuching sahaja ada pelbagai destinasi menarik yang boleh pelancong dalam negeri dan pelancong asing kunjungi. Termasuk Perkampungan Budaya Sarawak, Semenggoh dan banyak lagi.

Sematan, masih lagi terpelihara dengan hutan yang segar. Laluan pasir pantai yang banyak, boleh diterokai untuk dijadikan spot pelancongan popular.

potensi pelancongan sarawak
Kubur Gantung Sarawak
potensi pelancongan sarawak
Taman Negara Bako
potensi pelancongan sarawak
Pinnacles Sarawak

Setuju dengan pihak kerajaan untuk mempromosikan dan membawa lebih ramai pelancong China untuk mengenali Sarawak.

Destinasi menarik di Sarawak mungkin akan menjadi pilihan destinasi lain di Asia kerana tarikan yang segar, baru dan juga dengan kos yang agak murah berbanding negara Asian lain. Lagipun, keunikkan kepelbagaian budaya masyarakat di Sarawak pasti akan memukau sesiapa sahaja.

Baca : Aktiviti Yang Popular di Mukah

Antara tarikan yang akan ditonjolkan untuk Sarawak ialah dengan tarikan taman semulajadi negara, campuran budaya yang pelbagai etnik dan unik dan semestinya pilihan makanan tradisi orang Sarawak.

potensi pelancongan sarawak

InsyaAllah, tengah rancang untuk kembara ke Sarawak. Kalau ada rezeki nak drive sendiri melalui Lebuhraya Pan Borneo.

Sumber : The Edge Markets

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.