GShock MurahMencari G-Shock Original? Klik GShock-Malaysia.com

Restoran Ajjim Ayam Kampung Di Kampung Pandan

Kalau korang peminat menu makanan Kelantan, ada restoran yang sediakan menu sedap di Kampun Pandan. Terletak dekat dengan Kuala Lumpur, ia diberi nama Restoran Ajjim Ayam Kampung. Restoran yang baru sahaja dibuka pada akhir Januari 2019 ini antara restoran yang menediakan menu masakan Ayam Kampung Terbaik di Kuala Lumpur.

Restoran Ajjim Ayam Kampung Di Kampung Pandan ni terletak bersebelahan dengan Restoran Mat Rock Kampung Pandan dan juga bersebelahan dengan Stesen Petronas Kampung Pandan. Menu yang ada disini menu asli citarasa orang kampung kebanyakkannya adalah menu original orang Kelantan.

Restoran Ajjim Ayam Kampung Di Kampung Pandan

restoran ajjim ayam kampung

restoran ajjim ayam kampung

Pertama kali sampai sini, lihat menu yang disediakan sudah cukup buat selera membuak. Paling teringat, ayam kampung goreng yang menjadi pilihan ramai. Menu ayam kampung sedap ni, kalau dipadankan dengan gulai daging dan ulam budu, memang meletup.

Kena pulak dengan menu tambahan, ikan singgang, ikan bakar, gulai lala dan banyak lagi, memang membuka selera sesiapa sahaja.

Kalau menu ayam kampung sedap macam ni, hampir semua orang akan suka makan. Tak kira untuk makan tengahari atau makan malam, menu ayam kampung memang sedap.

restoran ajjim ayam kampung
Ikan Singgang
restoran ajjim ayam kampung
Gulai Daging

restoran ajjim ayam kampung

restoran ajjim ayam kampung

restoran ajjim ayam kampung

restoran ajjim ayam kampung
Ayam Kampung

restoran ajjim ayam kampung

Secara peribadi, menu-menu di Restoran Ajjim Ayam Kampung ni memang ada nilai asli citarasa orang Kelantan. Ayam Kampung yang dihidang di sini, antara menu popular dengan kualiti ayam yan digoreng menggunakan minyak baru dan berkualiti. Sebab itu warna ayam yang digoreng adalah warna agak cerah, bukan kemerahan seperti yang menggunakan minyak masak yang mungkin sudah digunapakai beberapa kali.

Untuk menu lain, gulai daging, ikan singgang Kelantan, ikan keli sambal, gulai telur serta ulam dan budu, memang jenis citarasa kampung.

Kalau bagitahu yang ia sedap, mungkin korang tak akan percaya. Jadi, kalau kesempatan, boleh la sendiri mencuba menu ayam kampung yang sedap di Restoran Ajjim Ayam Kampung di lokasi bersebelahan dengan Petronas Kampung Pandan.

Senang sahaja nak cari. Boleh guna Waze dan Google Maps di alamat 11, Jalan Kampung Pandan, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. https://g.co/kgs/yk62Pa

Untuk tempahan makan-makan dan juga katering, boleh terus hubungi Tuan punya kedai Abang Ajjim di talian Whatsapp http://www.wasap.my/+60136366006

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.