Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Ada Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom melawan Penjajah Inggeris yang mungkin menarik ramai pelancong baru ke Sabah. Rundum yang terletak di kawasan Kemabong mampu menarik lebih banyak pelancong memandangkan persekitaran bersejarah dan persekitaran yang masih hijau dengan iklimnya yang sejuk.

Orang Semenanjung Malaysia, mungkin ramai tidak tahu, tetapi, rakyat Sabah masih ingat sejarah pemberontakan Antenom terhadap penjajah Inggeris sekitar tahun 1915 masih segar dalam ingatan masyarakat Murut di daerah serta kewujudan pentadbiran daerah pertama di daerah Tenom.

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Kisah tentang kebangkitan Antenom boleh baca di Antenom Vikipedia.

Di samping itu, kampung Rundum dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang berpotensi menjadi salah satu eko-pelancongan yang akan menarik lebih ramai pelancong dari luar negara dan di dalam negara.

Ada perancangan untuk membangun dan memperkenalkan Rundum sebagai destinasi pelancongan baru di Sabah sedang dilaksanakan dan ia bergantung kepada usaha kerajaan untuk membina kemudahan yang dapat memudahkan pelancong melawat tempat ini.

Namun begitu, antara yang perlu diperbaiki termasuk infrastruktur yang memerlukan sistem komunikasi yang lebih baik, jalan raya, bekalan elektrik dan klinik kesihatan dan jaringan perkhidmatan berkaitan pelancongan.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Sabah

Kalau dari segi peluang, Rundum mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian tanah tinggi sebagai cuaca sejuk dan keindahan air sungai Rundum yang pasti akan menarik pengunjung.

Menurutnya, perjalanan ke Kg Rundum Kobisfrom Kemabong Town mengambil masa kira-kira 40 minit selepas jalan yang ada dinaik taraf.

Setakat hari ini, jika dari pekan Tenom, ia akan mengambil masa sekitar 2 jam untuk ke Rundum dengan menaiki kereta atau pacuan empat roda.

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom

Tarikan Pelancongan Terbaru Di Rundum Dan Kisah Antenom
Patung Antenom yang menjadi kebanggaan Rundum

Secara peribadi, kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti ini pasti akan menjadi tarikan utama kepada ramai pelancong Eropah, Jepun dan Korea jika diusahakan dengan sebaiknya.

Kualiti hutan Borneo sememangnya menjadi antara tarikan utama pelancong luar negara untuk menikmati keindahan alam, antara hutan yang tertua di dunia.

Diharapkan usaha untuk menaikkan lokasi Rundum sebagai destinasi pelancongan baru di Sabah akan memberikan suntikan ekonomi dan juga senarai destinasi terbaik untuk pelancong yang berkunjung ke Sabah.

Gambar : Sabah Tourism dan Internet

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.