Tempat Menarik Di Bandung The Lodge Maribaya

Kali ni, MrJocko nak kongsi tentang Tempat Menarik Di Bandung The Lodge Maribaya. Destinasi pelancongan yang tidak asing lagi di Bandung, Indonesia sejak beberapa tahun yang lalu. Di sini, ada pelbagai spot bergambar menarik untuk segenap lapisan umur. Ia kini sudah menjadi tempat wajib lawat di Bandung.

Sejak puluhan tahun yang lalu, Bandung menjadi destinasi pelancongan popular dikalangan pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara. Bila tiba musim cuti sekolah, destinasi Bandung akan dipenuhi oleh ramai pelancong dari Malaysia. Salah satunya destinasi tumpuan ialah The Lodge Maribaya, yan terletak di kawasan Lembang.

Tempat Menarik Di Bandung The Lodge Maribaya

the lodge maribaya bandung

The Lodge Maribaya, Lembang kini menjadi tempat pelancongan yang sangat popular kerana menawarkan pelbagai tarikan utama seperti spot bergambar sky tree, sky swing, dan fly bike yang sangat unik dan sesuai dengan pengalaman ‘hipster travel’ dikalangan semua peringkat umur.

The Lodge Maribaya khabarnya menambah satu lagi spot bergambar menarik untuk pelancong cuba, ia dikenali sebagai bamboo sky.

Tempat Menarik Di Bandung The Lodge Maribaya

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Bandung

Secara ringkas, The Lodge Maribaya Bandung adalah kawasan pelancongan dan tempat peranginan yang luar biasa dengan suasana hutan pokok pain yang unik dan sentuhan alam semulajadi. Pemandangan di sini memang indah.

Bukan sahaja pemandangan yang unik, The Lodge Maribaya juga bersebelahan dengan aliran sungai dan udara yang sangat menyegarkan.

Selain itu, The Lodge Maribaya mempunyai kemudahan lengkap untuk menyokong pelbagai kegiatan yang sesuai untuk acara sekeluarga, kumpulan, atau team building syarikat. The Lodge Maribaya mempunyai kemudahan untuk menguji adrenalin luar seperti jungle trekking, berkhemah, permainan berkumpulan dan lain lain.

Di sini, ada kemudahan umum lain seperti khemah, tempat berkhemah, restoran dan kafe,masjid, tandas, padang hijau dan kemudahan asas lain.

Harga Tiket Masuk ke Sky Tree The Lodge Maribaya ialah IDR15000 (MYR4.35) untuk seorang sekali naik.

Harga Tiket Masuk ke Zip Bike The Lodge Maribaya ialah IDR20000 (MYR5.80) untuk seorang sekali jalan.

Harga Tiket Masuk ke Sky Wing The Lodge Maribaya ialah IDR20000 (MYR5.80) untuk seorang sekali naik.

Harga Tiket Masuk ke Hot Air Ballon The Lodge Maribaya ialah IDR20000 (MYR5.80) untuk seorang sekali naik.

Harga penginapan dan berkhemah di Glamping The Lodge Maribaya ini sangat terjangkau, mulai IDR325,000/malam (MYR95).

Sudah pasti harga yang ditawarkan memang cukup murah. Berbaloi kalau ke sini. Tambah lagi, kalau nak bergambar dengan ‘pose’ yang unik, ia pasti memberi seribu kenangan kepada pelancong yang berkunjung ke The Lodge Maribaya Bandung.

Informasi lanjut tentang pakej penginapan dan lokasi ini, layari laman web rasmi mereka di The Lodge Maribaya Lembang, Bandung.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.