GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 Mr Tuk Tuk

Terkenal dengan syurga makanan dunia, Thailand kini memulakan Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 Mr Tuk Tuk untuk semua rakyat Malaysia bermula dari 20 Mac hingga 30 April 2019. Kolaborasi ini memulakan kempen mempromosikan menu makanan Thailand di Malaysia disamping memberi peluang pemenang peraduan ini memenangi Pakej untuk dua orang ke destinasi Bangkok, Thailand.

Kempen terbaru dari Tourism Authority of Thailand ialah untuk mempromosikan lima sektor pelancongan utama termasuk sektor Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan juga Gaya Hidup Thai.

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 Mr Tuk Tuk

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 (Makan Thai Melawat Thailand 2019) ini adalah dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand dengan Restoran Mr Tuk Tuk Malaysia. Kali ini, Lapan cawangan Restoran Mr Tuk Tuk di Malaysia turut mengambil bahagian untuk promosi ini.

Yang mana, setiap pembelian di Restoran Mr Tuk Tuk sekurang-kurangnya berjumlah RM50 dalam satu resit, pelanggan berpeluang untuk memenangi salah satu dari 20 hadiah yang ditawarkan. Hadiah utama, pakej pelancongan untuk 2 orang ke Bangkok, yang mana semua pakej perbelanjaan selama 3 hari 2 malam akan ditanggung sepenuhnya.

Hadiah lain, termasuk 5pcs beg bagasi, 10pcs beg tangan dan empat baucer makan di Restoran Mr Tuk Tuk.

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019
Mr Aman Mudadam, Pengarah TAT KL
Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019
Restoran Mr Tuk Tuk The Starling PJ

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Thailand

Untuk info, Thailand mempunyai pelbagai pilihan masakan tradisional terbaik di dunia dan banyak menu yang dihidangkan di sana ada di restoran Halal Muslim dan juga Restoran Frendly Muslim.

Kalau ikut statistik, tahun 2018, Thailand menerima lebih 4 juta pelawat dari Malaysia. Ia merupakan jumlah tertinggi dalam rekod Tourism Authority of Thailand di Kuala Lumpur.

Dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti khususnya kepada pelancong Muslim di Thailand, tidak hairan jumlah ini akan semakin bertambah dari masa ke semasa.

Tak perlu pergi jauh, pilihan melancong ke sempadan Thailand seperti di Golok, Betong, Danok dan juga Padang Besar sudah cukup membuatkan orang Malaysia teruja dengan aktiviti membeli belah, makanan halal yang sedap dan murah serta ‘sight seeing’ di sekitar pekan tersebut.

Tahun ni, pasti lebih meriah. Jom ke Thailand dan sertai Kempen Eat Thai Visit Thailand 2019 bersama Restoran Mr Tuk Tuk.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.