Pelancaran Fujifilm X-T30 Kini Di Malaysia The Little Giant

Hits: 14

Fujifilm X-T30 Kini Di Malaysia The Little Giant. Gelaran yang pertama kali sesuai untuk segment kamera yang agak kecil, tetapi menawarkan prestasi merakam gambar dan juga video pada tahap terbaik. Jenama Fujifilm nampaknya semakin serius dalam memberikan mesin terbaik untuk peminat fotografi dan videografi.

Siri kamera FUJIFILM Generasi X telah dibangunkan lebih dari empat generasi. Yang terbaru ini Fujifilm X-T30 ini memberikan kualiti imej yang dipertingkatkan dan tahap kualiti bunyi yang dipertingkatkan. Saiz badan yang lebih padat dan ringan, tetapi kamera ini tetap menawarkan teknologi terkini dalam bidang fotografi.
 
MrJocko berpeluang untuk turut serta dalam pelancaran Fujifilm X-T30 Generasi ke-4 X-Siri ini dan turut menyaksikan secara langsung fungsi-fungsi kamera terbaik untuk memenuhi keperluan semua pengguna, dari amatur hingga kepada jurugambar profesional.

Pelancaran Fujilfilm X-T30 Malaysia The Little Giant

pelancaran fujilfilm x-t30 malaysia

Rata-rata mereka yang fanatik dalam dunia fotografi bercakap tentang fungsi ‘continous shoot’ camera ini. Ia mempunyai tiga puluh imej rakaman dalam masa sesaat. Wow!!! Pastinya ini salah satu ciri teknologi hebat kamera digital tanpa cermin (mirrorless) Fujifilm X-T30 yang baharu.

Apa lagi yang menarik tentang Fujifilm X-T30 ini? Pastinya resolusinya. Ia padat dengan ciri-ciri teknologi pemprosesan terkini dan mengandungi saiz resolusi sebesar 26.1 megapixel selain mempunyai kelajuan titik fokus terbaik berbanding keluaran siri Fujifilm X-T20 sebelumnya.

pelancaran fujilfilm x-t30 malaysia

pelancaran fujilfilm x-t30 malaysia

pelancaran fujilfilm x-t30 malaysia

pelancaran fujilfilm x-t30 malaysia

Dengan keluarnya model baru ini, ia mempunyai ciri- ciri penambahbaikan dan mesra pengguna kamera X-T3O ini sesuai untuk golongan muda dan gemar berlibur. Saiz kecil, kalau yang jenis suka travel, ia sangat sesuai.

Mempunyai lingkungan harga yang agak menarik, harga seunit kamera Fujifilm X-T30 ini berharga RM3,888 untuk badan kamera sahaja manakala RM5,488 bersama dengan set kit lens 18-55mm.

Fujifilm mensasarkan produk ini khusus untuk jurugambar amatur dan penggiat seni yang menajdikan fotografi sebagai hobi. Sebab itu, ciri- ciri badan kamera itu sendiri kecil, ringan dan mudah dikendalikan.

Untuk kaki selfie, yang selalu merakam potret, ada fungsi terbaik untuk anda. Fujifilm meningkatkan ketepatan pengesanan muka dan mata serta fungsi baharu ‘face select’ untuk subjek rakaman melibatkan potret. Jadi, sudah pasti ia lebih jelas dan cantik untuk rakaman gambar potret.

Baca : MrJocko dan Camera Review

pelancaran fujilfilm x-t30

pelancaran fujilfilm x-t30

pelancaran fujilfilm x-t30
Pandangan Depan Fujifilm X-T30
pelancaran fujilfilm x-t30
Pandangan Sisi Fujifilm X-T30
pelancaran fujilfilm x-t30
Pandangan Atas Fujifilm X-T30
pelancaran fujilfilm x-t30
Pandangan Belakang Fujifilm X-T30

pelancaran fujilfilm x-t30

pelancaran fujilfilm x-t30
Duta Fujifilm Yaman Ibrahim

Memuatkan semua fungsi terbaik yang pernah ada dalam kamera Fujifilm X-T3 dimasukkan dalam Fujifilm X-T30, ia umpama The Little Giant. Sebab itu, ia digelar ‘Gergasi Kecil’

Maklumat lanjut tentang kamera ini, boleh layari Fujifilm Malaysia X-T30

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.