Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Hits: 34

Antara smartphone yang dikatakan paling trendy waktu ini ialah model RealMe 3. Ya, ia jenama baru tetapi dikatakan menjadi semakin popular kerana kelebihan fungsi yang hebat dengan harga yang sangat murah berbanding jenama lain. Sebab nak tahu, apa yang menarik, MrJocko turut sama dalam Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia.

Mensasarkan golongan muda, golongan yang aktif dan energetic, model model RealMe Malaysia sebelum ini pun, RealMe dan RealMe 2 dikatakan punyai kualiti kamera yang cantik, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Untuk model RealMe 3 ini, ia datang dengan model 3GB RAM dan 32GB ROM bersempena dengan jualan Ulangtahun Ke-7 Lazada Malaysia pada 27 Mac 2019 ini. Harga yang ditawarkan untuk RealMe 3 di Malaysia cuma RM549 (harga sebenar RM599) dengan beberapa lagi tambahan Free Gift.

Butiran ringkas tentang telefon pintar Realme 3 ini termasuk memori 3GB RAM dengan simpanan 32GB ROM, MediaTek Helio P60, 4230mAh saiz bateri. ColorOS 6.0 berasaskan Android P. Saiz 6.2-inch HD screen (1520×720) dengan pemprosesan Octa-core MediaTek Helio P60 2.0GHz.

Ia datang dengan kualiti kamera depan bersaiz 13MP dan dua kamera belakang 13MP + 2MP dikuasakan dengan f1.8 aperture. Bateri tahan lama 4230mAh, cukup untuk kegunaan seharian.

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Pelancaran Smartphone RealMe 3 Di Malaysia

Antara tarikan lain tentang telefon pintar RealMe 3 ini ialah binaan badan peranti yang sangat cantik dan agak solid. Nampak premium dan lebih menarik dengan gabungan warna Classic Black, Dynamic Black dan Radiant Blue.

Ia adalah binaan rangka badan ‘gradient unibody design’ dan lebih ringan tetapi tetap kukuh.

Untuk informasi juga, model smartphone RealMe 3 ini juga punyai 4GM RAM dan 64GB RAM dengan harga jualan hanya RM699 sahaja.

harga realme 3 malaysia 1

harga realme 3 malaysia 1

harga realme 3 malaysia 1

Baca : MrJocko dan Gadget Review

Kualiti skrin paparan smartphone RealMe 3 memang menakjubkan. Telefon pintar yang dikatakan dalam lingkungan Mid-Range, tetapi punyai kualiti processor yang laju, memori saiz yang besar, storan yang besar dan pastinya ia lebih menarik dengan harga yang sangat mampu milik.

Bercerita tentang kualiti gambar yang terhasil dari rakaman kamera RealMe 3, ia mempersonakan. Fungsi f1.8 pada kamera memang menghasilkan gambar yang lebih terang, jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang gelap (low light).

Setakat ini, ia antara smartphone terbaik di bawah RM700 bagi segmen telefon pintar mid-range. Berbaloi untuk di cuba…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.