Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor

Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor

Hits: 16

Salah satu tarikan menarik di Hulu Selangor yang kini mula menjadi sebutan pelancong dalam negeri ialah Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor. Bukan sahaja terkenal dengan kesejukan dan keindahan air terjun di Sungai Chiling, malah ia kini dipenuhi dengan ikan Kelah dan ikan Tengas yang semakin membiak.

Sungai Chiling, satu destinasi menarik di Selangor terletak hanya sekitar 1 jam perjalanan dari ibukota Kuala Lumpur. Melalui jalan lama Rawang, anda boleh sampai di pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chiling untuk rasai sendiri keindahan semulajadi yang ditawarkan di Hulu Selangor ini.

Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor

Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor

Santuari Ikan Sungai Chiling Hulu Selangor

Info ringkas tentang Santuari Ikan Sungai Chiling.

Ia telah ditubuhkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor pada seawal tahun 2005 lagi dan diperkenalkan secara rasmi kepada umum pada tahun 2007.

Tujuan utama penubuhan santuari ikan ini adalah untuk menyediakan satu kawasan perlindungan kepada spesis ikan kelah dan tengas yang semakin bekurangan pada masa kini.

Santuari Ikan Sungai Chiling

Santuari Ikan Sungai Chiling

Sungai Chiling telah menjadi habitat dan tempat pembiakan semulajadi kepada spesis ikan-ikan ini melalui limpahan pelbagai saiz ikan kelah dan tengas di sepanjang sungai ini sehingga menghala ke kawasan air terjun utama. Kewujudan santuari ini juga merupakan satu usaha sama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Waktu operasi di Santuari Ikan Sungai Chiling untuk melakukan aktiviti riadah ialah dari hari Jumaat hingga Ahad bermula dari jam 8.00 pg hingga jam 6.00 ptg sahaja.
Santuari Ikan Sungai Chiling akan ditutup pada hari Isnin hingga Khamis.

Santuari Ikan Sungai Chiling

Santuari Ikan Sungai Chiling

Santuari Ikan Sungai Chiling
Santuari Ikan Sungai Chiling

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Selangor

Sila ambil maklum, antara aktiviti yang dibenarkan di kawasan ini hanya untuk aktiviti mandi-manda, merentasi sungai dan hutan ke air terjun utama dan juga
perkhemahan harian. Setakat hari ini, perkhemahan dan aktiviti bermalam tidak dibenarkan sama sekali untuk tujuan keselamatan semua.

Untuk Pertanyaan Lanjut Sila Berhubung:

PEJABAT PERIKANAN DAERAH HULU SELANGOR
KOMPLEKS PEJABAT DAERAH HULU SELANGOR
44000, KUALA KUBU BHARU
SELANGOR
Tel/Faks: 03-60641214

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.