Tiada Lagi Kerjasama AirAsia Traveloka

Kalau anda nak beli tiket penerbangan AirAsia, anda ke laman web Traveloka atau terus ke laman web traveloka? Kalau MrJocko, terus sahaja ke laman web AirAsia.com. Kini, Tiada Lagi Kerjasama AirAsia Traveloka. Senarai penerbangan AirAsia kita tiada lagi dalam sistem carian Traveloka.

Semalam, Isnin 4 Mac 2019, pihak AirAsia telah membuat keputusan untuk mengeluarkan kesemua penerbangannya daripada ejen tempahan tiket dalam talian terkenal, Traveloka.

kerjasama airasia traveloka

Mengikut jurucakap AirAsia, keputusan itu dibuat akibat daripada ketiadaan paparan pilihan enerbangan AirAsia Indonesia di laman Traveloka baru-baru ini.

Punca tersebut tidak dijelaskan oleh Traveloka. Khabarnya, ia berlaku dua kali dalam masa dua minggu.

Pengarah Presiden AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan berkata, ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia itu telah menjejaskan kerjasama syarikat berkenaan dengan Traveloka.

“Pihak Traveloka tidak menjalankan kerja dengan jujur dan enggan untuk memberikan penjelasan rasmi meskipun telah berulang kali untuk memberikan penjelasan” kata Dendy menyelar tindakan ejen tempahan tiket dalam talian itu lagi.

Traveloka juga, tegas Dendy, mengamalkan sikap pilih kasih berikutan ketiadaan beberapa penerbangan AirAsia Indonesia.

Baca : MrJocko dan Tiket Murah AirAsia

Bahkan, apa yang mengecewakan AirAsia, kata Dendy, ialah Traveloka turut mencadangkan pelanggan dari media sosial untuk memilih penerbangan lain.

Berikutan itu, Dendy berkata, pengurusan kumpulan AirAsia dengan serta merta menarik semua jualan tiket penerbangan mereka.

Oleh yang demikian, syarikat AirAsia menyarankan pelanggan-pelanggan yang ingin mencari tiket penerbangan AirAsia, terus ke laman web rasmi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.

Traveloka dalam respon mereka berkata, ketiadaan penerbangan AirAsia di laman web disebabkan oleh sistem syarikat penerbangan tambang murah itu tergendala selama 13 jam.

Kejadian berkenaan berlaku pada 14 hingga 17 Februari lalu sementara insiden kedua pula berlaku pada 2 Mac lalu tanpa sebarang penjelasan walapun sistem AirAsia sudah kembali pulih seperti sedia kala.

kerjasama airasia traveloka

kerjasama airasia traveloka

kerjasama airasia traveloka

MrJocko cuba untuk melihat sendiri pilihan penerbangan dalam laman web Traveloka.com. Dengan caria penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, hanya tertera pilihan penerbangan Lion Air dan MAS sahaja. Tiada lagi pilihan penerbangan AirAsia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.