Tips Harga Murah Tempahan Online di Expedia Malaysia

Tips Harga Murah Tempahan Online di Expedia Malaysia

Hits: 16

Sesuatu yang menarik ingin saya kongsikan pada entry kali ini. Ini Tips Harga Murah Tempahan Online di Expedia Malaysia. Kalau nak cari tiket penerbangan murah di Expedia, pelancong Malaysia lebih jimat bila menempah tiket penerbangan pada hari Ahad.

Ya, inilah yang dikongsikan sendiri oleh pihak Expedia berdasarkan beberapa fakta yang boleh dipercayai.

Tips Harga Murah Tempahan Online di Expedia Malaysia

Tips Harga Murah Tempahan Online di Expedia Malaysia

Pernahkan anda menghabiskan masa yang lama merancang perjalanan anda. Kemudian kecewa apabila anda melihat harga dan penjimatan yang lebih hebat, hanya sehari selepas anda menempahnya?

Kini, Expedia boleh membantu anda membuat perbandingan harga dengan lebih pintar lagi. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut tentang bagaimana rakyat Malaysia dapat berjimat dalam kos penerbangan dan tips perjalanan, teruskan membaca.

Baca : MrJocko dan Tips Travel

Airlines Reporting Corporation (ARC), dengan kerjasama Kumpulan Expedia, telah mendedahkan kajian komprehensif tahunan kelima mengenai corak perjalanan udara di seluruh dunia.

Analisa data ini diambil daripada pangkalan data global ARC dan Kumpulan Expedia, berkongsi pandangan tentang tren pembelian tiket penerbangan. Keputusan laporan ini menunjukkan masa terbaik untuk menempah penerbangan dan buat pertama kalinya, terdapat tip-tip penjimatan kos penginapan. Antara penemuan utama kajian adalah bahawa rakyat Malaysia boleh berjimat jauh lebih banyak jika mereka menempah tiga minggu lebih awal dan boleh berjimat lebih daripada 10% untuk tiket penerbangan kelas ekonomi ketika mereka memulakan perjalanan pada hari Khamis.

Semak hasil penemuan ini daripada laporan yang dilampirkan di sini untuk merancang percutian anda yang seterusnya pada tahun ini!

Lebih menarik ada 5 Tips Travel untuk tahun 2019 oleh Expedia.

1. Tempah penerbangan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum
2. Tempah penerbangan pada hujung minggu
3. Tempah hotel pada hari Jumaat
4. Mulakan perjalanan anda pada hari Khamis atau Jumaat
5. Memperpanjang perjalanan singkat, masukkan hari minggu untuk dapatkan masa yang lebih lama.

tips harga murah tempahan online di expedia malaysia 02

tips harga murah tempahan online di expedia malaysia 02

MrJocko dah buat cara ini sejak tahun 2015 lagi. Alhamdulillah, berhasil. Kena pula masa AirAsia tawarkan harga murah, pasti lebih jimat. Lebih jimat kalau beli secara combo, pakej penerbangan dan hotel di AirAsiaGo. Percaya lah, anda akan jimat sehingga 50% kalau kena cara.

Untuk tempahan yang lebih banyak dan untuk pilihan harga yang lebih variasi, layarai laman web Expedia Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.