Destinasi Baru AirAsia Ke Indochina Can Tho Dan Lanzhou

destinasi baru indochina airasia

Hits: 32

Ada dua destinasi baru yang boleh anda terokai pada tawaran harga bulan April 2019 di AirAsia. Ia promosi yang agak menarik, Destinasi Baru AirAsia Ke Indochina Can Tho, Vietnam Dan Lanzhou, China. Tiket untuk ke dua-dua destinasi ini dijual dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk di cuba.

Can Tho sebuah bandar yang agak kecil terletak kira-kira 75km dari ibu negara Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Manakala Lanzhou pula terletak di tengah-tengah peta negara China, berkedudukan 1,500km dari ibu negara China, Beijing.

Destinasi Baru AirAsia Ke Indochina Can Tho Dan Lanzhou

destinasi baru indochina airasia

Harga promosi tiket murah ke Can Tho Vietnam bermula dari harga RM74 bagi satu perjalanan dan RM214 satu perjalanan untuk ke Lanzhou, China.

Antara yang menarik di Can Tho ialah lokasi pasar terapung yang terkenal dikenali sebagai Cai Rang Floating Market yang terletak di laluan Mekong Delta. Selain itu, My Khanh Tourist Village turut menjadi tumpuan ramai di mana di sini anda akan cuba pengalaman berada dalam kebun buahan kampung di Can Tho.

Di Lanzhou, China pula, antara yang menarik ialah Yellow River Mother Sculpture, Gansu Provincial Museum, Waterwheel Garden dan banyak lagi yang boleh anda terokai. Khas untuk orang Islam, ada Masjid yang terkenal di Lanzhou dikenali sebagai Lanzhou Xiguan Mosque. Jadi, mudah nak beritahu, ada banyak restoran halal sekitar Lanzhou.

destinasi baru indochina airasia 01

destinasi baru indochina airasia 01

Pengalaman saya, untuk nilai RM74 ke Can Tho Vietnam dan promosi tiket murah ke Lanzhou cuma RM214 satu tawaran yang menarik untuk mereka yang mencari kelainan baru. Tak ramai yang sempat teroka dua destinasi ini.

Baca : MrJocko dan Tiket Murah AirAsia

Kalau harga biasa selepas promosi, ia biasa akan naik sehingga 3 kali ganda.

Jadi, sementara harga tiket penerbangan AirAsia masih murah ke Can Tho Vietnam dan juga Lanzhou China ini, inilah masa untuk anda beli dan bersedia untuk ke destinasi menarik di Indochina.

Cadangan saya, sebagai Travel Blogger Malaysia, beli tiket sekitar bulan Oktober hingga Disember ke Can Tho, cuaca agak dingin di sana. Dan, beli tiket musim sejuk sekitar Disember hingga Februari ke Lanzhou untuk rasa pengalaman bermain salji.

Tempah penerbangan sekarang di laman web www.airasia.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.