Festival Songkran Bangkok 2019 Khaosan Road

festival songkran bangkok 2019

Hits: 433

Saban tahun kemeriahan festival air yang terkenal di Thailand menjadi antara aktiviti wajib bagi ramai pelancong ke Thailand. Musim ini, ramai pelancong tempatan dan luar negara berkumpul di banyak lokasi perayaan pesta Songkran. Paling terkenal di Khaosan Road, Bangkok. Namun, tahun ini, katanya Festival Songkran Bangkok 2019 Khaosan Road dikecilkan aktivitinya.

Penganjuran Festival Songkran 2019 masih lagi akan dilakukan di Thailand, namun mengikut informasi dari Tourism Authority of Thailand, aktiviti Pesta Songkran sekitar Khaosan Road akan dikecilkan kerana ia jatuh pada tempoh yang sama ketika persiapan dan upacara untuk Pertabalan Raja Thailand yang baru. Tahun ini, kawasan Khaosan Road hanya akan disambut pada skala yang sangat kecil.

Festival Songkran Bangkok 2019 Khaosan Road

festival songkran bangkok 2019

Asalnya, Festival Songkran adalah perayaan orang Thai membersihkan dan menuangkan air bercampur dengan wangian Thai pada imej Buddha. Perayaan juga mempamerkan upacara mandi di mana orang menuangkan air kepada sami-sami Buddha lama. Proses ini dipercayai membawa nasib baik kepada mereka.

Setakat ini, ada informasi tambahan bahawa penduduk setempat akan menyambutnya secara sendiri tanpa ada penganjuran rasmi. Ini kerana, tidak mahu sambutan tersebut bertembung dengan persiapan pertabalan raja baharu Thailand.

Penduduk Thailand akan menyambut Songkran berdasarkan kiraan kalendar tradisionalnya, dari 13 hingga 15 April. Ketika itu, orang awam akan menyimbah air antara satu sama lain di bawah kehangatan sinaran matahari.

Kawasan popular dalam kalangan pengembara backpacker, Khaosan Road, di Bangkok selalunya menyaksikan acara sambutan Songkran yang luar biasa, termasuk penaja-penaja yang menyediakan bekalan air tanpa had dan pelbagai kelengkapan untuk menembak air.

Manakala dalam masa yang sama, istiadat rasmi pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mei 2019. Oleh sebab itu, sambutan besar-besaran Songkran di Khaosan Road telah dikecilkan kepada aktiviti yang lebih kecil dari biasa.

festival songkran bangkok 2019 khaosan road 2

Pelancong dan warga tempatan masih boleh menyambut Pesta Songkran 2019 secara kecil-kecilan di kawasan itu.

Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan, termasuk membaik pulih jalan raya dan kawasan siar kaki, mengecat bangunan dan mengemas kini kabel elektrik.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Bangkok

Apa Hukum orang Islam menyambut Songkran?

Sila baca di sini Mufti Wilayah Persekutuan Pesta Songkran.

Sumber : Astro Awani dan Tourism Authority of Thailand Kuala Lumpur

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.