Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik

Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik

Hits: 75

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman rakan Facebook tentang kisah beliau membuat tuntutan atas kelewatan penerbangan beliau di Turki. Beliau berkongsi informasi tentang Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik antara syarikat yang beliau beli dengan 2 lagi syarikat berbeza.

Mengikut informasi, beliau terkandas di perjalanan KL – Jeddah – Istanbul. Nasib baik beliau membeli insurans perjalanan (travel insurance). Setidaknya dapat juga tuntut sebahagian kos kerugian/kos kelewatan bila berlaku isu ‘flight delay’.

Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik

Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik

Gantirugi Tuntutan Travel Insurance Terbaik
Beza Pembayaran Tuntutan dari Syarikat Chubb Premium, AXA dan Etiqa Paltinum

Masa nak beli Insurans Perjalanan, survey dulu, tengok company mana tawar tuntutan terbaik…

“Assalamualaikum dan Hello semua..
Saya baru lepas claim travel insuran untuk flight delay saya..
Disini saya kongsikan dengan anda semua..
Saya amik travel insuran Chubb (premium)
Flight saya delay 27 jam kl-jeddah-istanbul..
Saya claim untuk :
1) Flight delay
2) Misconnection
Saya cuma dapat rm800 sahaja dan chubb hanya bayar untuk salah satu dari 2 claim saya tu..bila saya baca balik policy memang ada tertulis dalam tu..
So untuk pelanggan chubb insuran,harap anda semua maklum tentang ini..
Disini saya senaraikan list insuran dan jumlah claim yang saya dan kawan2 dapat untuk flight yang sama :
Chubb premium :rm800
Axa : rm1800
Etiqa platinum :rm1700
Yes!axa dan etiqa cover flight delay dan misconnection..chubb hanya cover salah satu sahaja
Selamat tinggal chubb!
#chubbtravelinsurance”

Dari apa yang tertulis, pembayaran dari Chubb Insurance (premium) hanya membayar salah satu daripada tuntutan penulis. Manakala, untuk Insurans Perjalanan Axa dan Etiqa Platinum, pemegang polisi berjaya mendapatkan jumlah yang melebihi dua kali ganda dari Insuran Perjalanan Chubb.

Lihat sendiri jumlahnya, Chubb hanya membayar RM800 sahaja, manakala Axa membayar RM1800 dan Etiqa Platinum membayar RM1700.

Baca : Bandingkan Travel Insurance di GoBear.com

Travel Insurance Terbaik

Travel Insurance Terbaik

Travel Insurance Terbaik

Jelas sekali, kalau masalah flight delay dan terkandas seperti ini, pembayaran dari Axa Insurance lebih berbaloi.

Oleh itu, sekiranya anda ingin melancong, terbang jauh dari Malaysia, dinasihatkan supaya membeli Insurans Perjalanan atau Takaful Perjalanan yang sebaiknya bagi persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan. Ya, kadang-kadang kita rasa seperti tidak perlu, tetapi disaat kecemasan, ia banyak membantu.

Terima Kasih Kepada Sumber : Embun Merah (Backpackers Buddies Malaysia Group)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.