GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Mastercard-Crescent Rating Halal in Travel Session MIHAS 2019

Minggu ini, sempat singgah di MIHAS 2019. Kali ini, ada lebih 1000 syarikat, 40 negara dengan pameran lebih 1.5 produk dan perkhidmatan halal. Pada sesi utama bersempena dengan exhibition ini, MrJocko sertai Mastercard-Crescent Rating Halal in Travel Session MIHAS 2019.

Laporan Halal Travel Frontier 2019 oleh Mastercard-Crescent Rating telah mengenal pasti 17 trend yang akan membentuk fasa seterusnya dalam pembangunan industri pelancongan Halal yang semakin meluas.

Mastercard-Crescent Rating Halal in Travel Session MIHAS 2019

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Dunia Asia khususnya sedang berkembang dalam menyediakan Halal Travel dan Muslim Friengly Travel untuk menyambut jutaan pelancong Muslim – MrJocko

Laporan analisa memaklumkan tentang perubahan dalam sektor pelancongan Halal dan pada masa yang sama memberikan pandangan terhadap impak dan pengaruh trend ini untuk pelancong Muslim. Dianggarkan faktor teknologi, persekitaran dan aktivisme sosial mempengaruhi perubahan besar dalam aspek industri pelancongan Halal, dan ia memudahkan pengalaman pelancong Muslim ke seluruh dunia.

17 trend terbesar termasuk:
• Pengintegrasian realiti terimbuh memberikan pelancong Muslim pengetahuan penting mengenai kebudayaan termasuk senarai restoran yang disahkan Halal.
• Penggunaan ‘chatbot’ secara meluas yang dicipta khas bagi memenuhi keperluan agama dan budaya seorang pelancong Muslim.
• Proses permohonan visa diselaraskan bagi pelancong Muslim untuk ke Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.
• Destinasi seperti Jepun, Afrika Selatan dan Taiwan akan kian menjadi tumpuan pelancong Muslim.

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session
Press Conference MIHAS 2019

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Perubahan dalam sistem Visa Umrah dan pembangunan teknologi baru dan interaktif akan memberikan impak terhadap model perniagaan sedia ada yang digunakan oleh penyedia servis Haji dan Umrah. Pelancong Muslim dari generasi ‘Millennial’ juga dapat menempah tiket Umrah dengan sendiri (‘Do-It-Yourself’). Ini bermaksud penyedia servis yang sedia ada harus merombak dan memperkasakan servis mereka untuk kekal relevan.

Realiti Terimbuh (‘Augmented Reality’), Realiti Maya (‘Virtual Reality’) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence’), serta penggunaan telefon pintar yang kian meningkat ini akan memacu trend baru bagi memperbaharui pengalaman pelancong Muslim dari segi perancangan, pembayaran dan perkongsian dalam pengembaraan mereka.

Didorong oleh permintaan untuk pengalaman yang lebih sahih, murah dan senang dicapai, golongan pelancong ‘Millennial’ dan Gen Z akan menempah pelancongan yang spontan dan murah atau dikenali sebagai ‘Instant Noodle Trips’.

Di samping itu, kesedaran mengenai gerakan sosial dan peningkatan pengaruh golongan wanita pencetus perubahan atau ‘influencer’ dalam merancang perjalanan dijangkakan akan membawa perubahan dalam pengalaman pelancongan Muslim.

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Mastercard-CrescentRating Halal in Travel Session

Laporan ini juga meramalkan destinasi bukan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam), seperti Afrika Selatan, Jepun dan Taiwan akan mengubah naratif maksud pelancongan mesra Islam secara mendadak. Semangat persaingan dan dinamisme dijangka akan mengolah inovasi dan perkembangan baru yang akan memberi manfaat kepada destinasi dan pelancong Muslim.

Akhir sekali, laporan ini meramalkan penyatuan penyedia perkhidmatan pelancongan Muslim yang berpotensi membawakan kemunculan gaya hidup dan jenama pelancongan Muslim yang lebih kukuh.

Baca : MrJocko dan Halal In Travel

“Dengan adanya di barisan hadapan pasaran pelancongan Muslim untuk 10 tahun yang lepas, CrescentRating berada dalam kedudukan yang unik dengan mempunyai akses kepada data dan pemerhatian yang menyeluruh untuk memberikan pandangan holistik terhadap pasaran pelancongan. Data kami diperkuatkan lagi dengan informasi mengenai corak pengalaman pelancongan Muslim yang dapat diperhatikan dari laman web dan aplikasi mudah alih HalalTrip kami, serta corak perbelanjaan oleh para pengguna seperti yang diperhatikan oleh Mastercard. Ini memberikan kami peluang untuk mengenal pasti trend penting supaya semua pihak dapat bersedia dan meraih manfaat daripada perubahan yang bakal berlaku. Kami berharap agar ini akan memberikan motivasi kepada semua pihak untuk mengikut rentak serta mendapat manfaat daripada perkembangan ini,” kata Fazal Bahardeen, Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip.

“Mastercard telah bekerjasama dengan CrescentRating bagi menyelidik dan mendapatkan informasi bagi menaik taraf sistem pembayaran, menggalakkan e-dagang merentas sempadan, dan menetapkan penanda aras baru bagi perkembangan sektor pelancongan Halal. Laporan Halal Travel Frontier 2019 memberikan peniaga, pihak kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam sektor pelancongan pemerhatian terhadap trend terbaru yang berkembang pantas dalam industri pelancongan Halal dan mengemukakan cara untuk memanfaatkan peluang dalam sektor pelancongan yang pesat berkembang ini,” kata Safdar Khan, Presiden Bahagian, Indonesia, Malaysia dan Brunei, Mastercard.

Perbelanjaan global pelancongan Muslim dijangka mencapai USD220 bilion pada tahun 2020 menurut Indeks Pelancongan Muslim Global Mastercard-CrescentRating 2018 atau dikenali sebagai ‘Mastercard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) 2018’. Ia dijangkakan meningkat sebanyak USD80 billion kepada USD300 bilion pada tahun 2026. Pada tahun 2017, dianggarkan ketibaan pelancong sebanyak 131 juta pelancong di seluruh dunia, berbanding 121 juta pada tahun 2016. Ia dijangkakan untuk meningkat sehingga 156 juta pelancong pada tahun 2020. Jumlah ini merupakan 10 peratus daripada jumlah bagi sektor pelancongan global.

MIHAS 2019 akan berlangsung dari 3 hingga 6 April 2019 di MITEC Kuala Lumpur.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.