Samsung Galaxy S10+ Kapasiti Storan 1TB

Hits: 84

Ia adalah telefon pintar pertama seumpamanya. Ia Telefon pertama yang mempunyai storan dalamam sebesar 1TB. Ya betul, inilah dia Samsung Galaxy S10+ Kapasiti Storan 1TB sudah ada dijual di pasaran Malaysia.

Pertama kali jenama Samsung menawarkan Telefon Galaxy dengan saiz 12GB RAM untuk memori serta simpanan dalaman sebesar 1TB. Telefon sebesar simpanan 1TB ini, hanya bersaiz tapak tangan sahaja dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan aplikasi yang terbaik.

Samsung Galaxy S10+ Kapasiti Storan 1TB

Samsung Galaxy S10+ Kapasiti Storan 1TB

Mungkin ada peminat telefon pintar yang bertanya, berapa besar saiz 1TB?

Menyimpan gambar. Bayangkan saiz gambar yang diambil bersaiz 500k, bermakna saiz storan 1TB HD boleh menyimpan sekitar 2 juta gambar. The arithmetic : 1TB = 1000 gb = 1000000 mb = 1000000000 kilobytes.

Menyimpan video. Anda boleh meyimpan sekitar 500 jam rakaman video. Andai kata satu filem punyai 120 minit, makan ia boleh menyimpan 250 filem dalam 1TB.

Jadi, kalau guna Galaxy S10+, tak perlu lagi risau pasal bawa kamera tambahan bila anda travel. Rakam apa sahaja, rekod video travel anda sesuka hati dan tak perlu risau sebab storan dalaman yang besar – MrJocko

Bersama dengan prestasi AI-powered yang dipertingkatkan, telefon pintar Samsung Galaxy S10+ akan memberikan kepantasan dalam aplikasi dalam telefon tanpa pengecualian. Ia berkuasa, untuk memberikan anda memindahkan jumlah yang besar dalam program kegemaran isi multimedia dalam masa yang sangat singkat. Untuk gamers, ia memberikan kesan yang lancar untuk setiap permainan anda di dunia permainan online.

Daripada saiz storan yang besar dan juga kelajuan yang semakin canggih, Samsung Galaxy S10+ seumpama memiliki sebuah ‘super computer’ di dalam poket dan tapak tangan anda.

Baca : MrJocko dan Telefon Samsung Malaysia

 Samsung Galaxy S10+ Kapasiti Storan 1TB,  Samsung Galaxy S10+, Storage 1TB, Samsung Galaxy S10,
Promosi Harga Galaxy S10+ Malaysia

Bermula dari 5 April 2019, peminat smartphone di Malaysia boleh membeli Samsung Galaxy S10+ kapasiti storan 1TB dengan harga yang ditawarkan hanya RM5,999. Tambahan dengan promosi ini, pembeli akan menerima satu telefon pintar Galaxy A9 secara PERCUMA bernilai RM1,999 bila mana anda berjaya membeli telefon Galaxy S10+ tersebut. (Mengikut Terma dan Syarat) Ini adalah untuk pembelian di outlet Samsung yang mengambil bahagian dan juga kedai Samsung Authorised sehingga 5 Mei 2019.

Untuk informasi lanjut tentang promosi harga Samsung Galaxy S10+ dengan saiz 12GB RAM dan storan besar 1TB ini, layari: Samsung Galaxy S10+ Harga Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.