Chim Melon Farm Satun Destinasi Pertanian Organik

Hits: 2

Tembikai Susu nama yang kita kenali di Malaysia. Tetapi di Thailand, ia lebih dikenali dengan nama Melon. Lebih menarik, buah melon di Satun ini punyai teknik tanaman unik, organik, lebih sihat, malah ia lebih manis berbanding buah melon biasa. Itu keunikan di Chim Melon Farm Satun, salah satu lokasi tanaman buah tembikai susu popular di Selatan Thailand.

Chim Melon Farm Satun kini sudah menjadi salah satu tarikan pelancong kalau ke Satun. Ianya hanya terletak sekitar beberapa meter dari Satun Geopark Museum dan 38km dari pekan Pak Bara. Kawasan ini sangat sesuai kerana keadaan suhu dan lokasi yang dikelilingi oleh bukit bukau kesejukan alam semulajadi di Satun Geopark.

Chim Melon Farm Satun

chim melon farm satun

chim melon farm satun

chim melon farm satun

Nama Chim Melon Farm di ambil sempena dengan nama Ibu Mertua pemilik ladang.

Kami berpeluang untuk singgah melawat, melihat sendiri bagaimana cara mereka menanam pokok tembikai susu (melon) ini menggunakan tanah yang terhad tetapi menghasilkan buah melon yang sangat berkualiti.

Ia ditanam di dalam kawasan yang tertutup untuk mengelakkan dari serangga perosak dan menjaga kualiti buah yang terbaik.

Di sini juga, ia menjadi tempat pembelajaran untuk menanam tumbuhan tanpa tanah. Ini adalah kaedah baru untuk menanam pokok buahan kecil seperti ini tanpa menggunakan tanah yang banyak.

Kalau nak tahu, cara ini boleh digunakan terutamanya untuk tumbuhan seperti sayuran dan tumbuhan yang digunakan sebagai makanan. Disebabkan ruang yang terhad dan tidak mahu pokok-pokok tercemar dengan pelbagai bahan kimia di dalam tanah, teknik tanaman seperti ini sangat sesuai.

Cara ini membuatkan sayur-sayuran dan buahan makanan akan menjadi lebih bersih. Ia juga menjamin persekitaran dan kesihatan sekeliling.

Kalau dipraktikkan dengan cara yang betul, teknik tanaman Hidroponik seperti ini berpeluang untuk memberi pulangan keuntungan yang lebih kepada petani. Ia memberi hasil yang berkualiti dan harga jualan yang lebih mahal dari tanaman biasa.

Ini kerana dengan tanaman yang berkembang tanpa tanah, tiada penyakit tumbuhan di dalam tanah serta tidak perlu menguruskan rumput dan rumpai. Petani juga boleh menanam tumbuhan lebih padat. Dengan ini, ia menghasilkan jumlah yang lebih tinggi. Semasa menggunakan ruang terhad ia juga telah menggunakan sedikit air. Kerana penggunaan air atau bekas ditutup.

chim melon farm satun

Ladang Chim Melon ini dibuka kepada orang awam untuk lawatan dengan kos yang minima. Di sini korang boleh mencuba sendiri Air Buah Melon (Air Tembikau Susu) yang manis, jem tembikai susu dan banyak lagi produk lain berasas dari buah Melon ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Facebook Chim Melon Satun.

Chim Melon Farm
79 416, Tambon Thung Wa, Amphoe Thung Wa, Chang Wat Satun 91120

chim melon farm satun
Jus Melon
chim melon farm satun
Ladang Cin Melon Satun
chim melon farm satun
Ladang Hidroponik Chim Melon

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.