Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Sepanjang jalan, dari sempadan Malaysia Thailand khususnya bila masuk ikut laluan Wang Kelian, ada banyak restoran Halal Muslim yang boleh korang singgah. Dari Wang Kelian sehingga ke Pak Bara, ramai orang Muslim menginap dikampung-kampung sekitar daerah Satun. Antara tempat yang kami singgah untuk makan tengahari ialah di Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark.

Lokasi restoran ini terletak tak jauh dari Tham Le Stegodon Sea Cave iaitu pintu keluar yang membawa ke Jeti Ban Tha Oi Harbour. Restoran ini menyediakan menu makanan Halal dan antara yang popular di sini.

So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Biasanya restoran ini menyediakan makanan untuk kumpulan yang melakukan lawatan ke Satun Geopark. Sebab itu, tempahan lebih awal amat digalakkan.

Memandangkan Satun ialah kawasan yang dekat dengan laut, menu makanan utama kami semestinya menu makanan laut. Dengan menu utama Ikan Siakap Goreng, Tom Yam Kuah Pedas cara Satun, Kerabu Telor Ayam, Udang Goreng Pedas dan juga Isi Ketam yang telah diracik.

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Halal Muslim So Daeng Restaurant Satun Geopark

Kebanyakkan menu yang dihidangkan untuk kami di So Daeng Restaurant Satun Geopark untuk makan tengahari ini adalah menu tradisional cara orang Thailand. Tom Yam yang dihidangkan juga agak berbeza. Tak seperti menu tomyam biasa, ia mempunyai rasa agak pedas tetapi sedikit masam. Begitu juga Ikan Siakap yang telah digoreng garing, tidak sama dengan Ikan Siakap Masak Tiga Rasa seperti yang biasa kami makan.

Yang pasti, hampir semua menu yang dihidangkan pada kali ini amat berbeza. Ya, ia sedap kerana mempunyai rasa asli Thailand. Paling mencuri tumpuan rasa MrJocko ialah Tom Yam yang Pedas dengan rasa seikit masam. Kalau sekali rasa, ia seakan rasa Asam Pedas Melaka, tetapi dalam cara kuah Tomyam Siam.

Kalau nak tahu di sini juga ada banyak menu masakan makanan laut Thailand yang boleh anda cuba. Ini hanya sebahagian sahaja. Memandangkan Thailand dikenali dengan jolokan Syurga Makanan dunia, pastinya kalau setakat seminggu dua berkunjung di Thailand tak akan habis merasa kepelbagaian menu makanan di negara Gajah Putih ini.

Lebih menarik, kalau melancong ke Hatyai, Songkla dan Satun, ada banyak menu makanan halal muslim boleh anda cuba dengan harga yang murah berbanding di Malaysia. Semak di laman web ini Halal Foods Thailand.

Baca : MrJocko dan Menu Makanan Laut Thailand

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.