Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai

Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai 01

Hits: 53

Tahun ni istimewa sikit, sebab Media Trip ke Hatyai Satun adalah trip Pertama MrJocko setelah setahun berehat. Lagi menarik, kali ini dapat rasa sendiri pengalaman untuk berada di Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai.

Hatyai yang terletak di Daerah Songkla, Thailand ini sebenarnya ramai orang Muslim. Jadi kalau ke sini, bab makan memang tak menjadi masalah. Ada banyak restoran halal di Hatyai dan ada banyak restoran halal terkenal di Songkla. Pilih jer.

Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai

Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai 01

Menyambut Ramadhan di Hatyai, kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia sangat berbeza. Di sini, negara yang majoriti beragama Buddha, tetapi masih ada ciri-ciri pengaruh Muslim.

Kami datang ke Hatyai pada 2 Mei 2019. Namun, bergerak ke Satun untuk mempromosikan destinasi Halal Muslim sekitar Satun, yang menjadi antara destinasi pilihan ramai pelancong dari Malaysia.

Kepesatan fasiliti untuk pelancongan semakin giat di daerah Satun sehingga ke lokasi yang terkenal Pak Bara, termasuk ke pulau-pulau popular di Thailand sperti Koh Lipe, Koh Adang dan Koh Rawi.

Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai

Makanan halal tak jadi masalah di Hatyai. Masa mula-mula sampai, kami makan Nasi Pakapau dan Tomyam di Lee Garden Walking Street Hatyai. Semalam, kami sempai makan Nasi Ayam di Greenview Street Hatyai.

Jadi, untuk yang merancang nak datang Hatyai, boleh la plan untuk ke sini. Kalau tak silah, harga pakej 3 hari 2 malam ke Hatyai ada banyak di tawarkan dari harga serendah RM299 sahaja.

Hari Pertama Ramadhan Di Hatyai

Pakej travel ke Hatyai dengan bas memang semakin popular. Lagi-lagi, Hatyai menjadi destinasi popular mereka yang Kaki Shopping. Ada banyak night market (pasar malam) di Hatyai yang boleh korang terokai.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Hatyai

Oh ya, musim Ramadhan di Hatyai juga meriah dengan jualan buah Kurma dan juga kuih muih berbuka.Antara lokasi yang popular ialah di Pasar Kimyong Hatyai. Tunggu cerita pasal Kimyong Market Hatyai dalam entry blogpost akan datang.

Untuk info menarik tentang Hatyai, layari https://www.tourismthailand.org/About-Thailand/Destination/Hat-Yai.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.